Undang-undang Syariah dan di mana ia dilaksanakan

Dua tempat di Asia Tenggara – Brunei dan Aceh, Indonesia – telah menetapkan hukum Syariah dan juga Malaysia yang sedang mempertimbangkan usul pelaksanaan undangundang Syariah.

Nov 08, 2016

JAKARTA: Dua tempat di Asia Tenggara – Brunei dan Aceh, Indonesia – telah menetapkan hukum Syariah dan juga Malaysia yang sedang mempertimbangkan usul pelaksanaan undangundang Syariah.

Brunei menguatkuasa Syariah pada tahun 2014, menerapkannya pada semua, termasuk bukan Islam, dengan mengenakan beberapa hukuman termasuk hukuman mati terhadap beberapa jenayah.

KUHP (Kitab Undangundang Hukum Peslah) baru dilaksanakan dalam tiga tahap. Tahap pertama dikenakan denda dan atau penjara; tahap kedua dilakukan pemotongan anggota badan dan sebat; tahap ketiga menetapkan hukuman mati.

Pelaksanaan untuk tahap pertama dimulai tahun 2014 dengan denda atau hukuman penjara yang dikenakan untuk beberapa kesalahan termasuk “perilaku tidak senonoh, misalnya” tidak menghadiri solat Jumaat, tidak menjalankan bulan puasa, dan kehamilan di luar perkahwinan.

Tahap kedua berkuatkuasa akhir 2014, tapi ditunda karena kurangnya prosedur yang ditetapkan dalam Courts Criminal Procedure Code (CPC).

Tahap ketiga untuk jenayah sodomi, rogol, hubungan seks di luar nikah, menghina ayat Al-Quran atau hadis, menghina agama Islam, menyatakan diri sebagai nabi, dan pembunuhan — semua kesalahan ini membawa hukuman mati.

Brunei telah mempertahankan moratorium penerapan hukuman mati sejak tahun 1957.

Pada Februari tahun ini, Sultan Hassanal Bolkiah, menurut Brunei Times, menegaskan bahawa semua tahap Syariah baru di terapkan tahun 2018.

Menteri Agama mengatakan kepada media tempatan bahawa pemerintah berencana menyelesaikan CPC bagi menegakkan tahap kedua penuh pada Jun 2017.

Manakala di Aceh, lebih dari 100 orang dicambuk di hadapan khalayak ramai pada tahun 2015 kerana melanggar Syariah seperti menjual alkohol, perjudian, dan seks di luar nikah.

Media antarabangsa melaporkan tentang hukuman sebat di khalayak ramai terhadap enam penjudi, serta seorang wanita berusia 18 tahun dihukum sendirian kerana ditemui di bilik tidur bersama teman lelakinya dan kesalahan itu telah diklasifikasikan sebagai perzinaan.

Menurut laporan ABC News, wanita muda, Kiranti, terpaksa berlutut di pentas terbuka, disaksikan oleh ramai orang serta menerima sembilan sebatan. Setelah hukuman sebat selesai, dia terhuyunghuyung sambil dibantu berdiri. Teman lelakinya lolos dari hukuman sebat kerana baru berusia 16 tahun.

“Cara ini dilakukan untuk mempermalukan seseorang, danagar remaja lain tidak mencontohi hal ini,” kata Rahma Daniati, ketua polis Syariah di Aceh.

Wilayah ini diberikan otonomi khusus untuk menggunakan Syariah setelah tsunami tahun 2004, dan merupakan satu-satunya negeri di Indonesia yang menguatkuasakan Syariah.

Amnesty International mengatakan hukuman cambuk di wilayah itu adalah kejam dan menuntut hukum itu ditiadakan.--Ucanews.com

Total Comments:1

Name
Email
Comments
Muhammad Nur Syahir Izzud[email protected]
Saya sangat terharu dengan undang2 islam yg sangat ketat di Brunei dan Aceh. Semoga Allah s.w.t berikan pelindungan & kesejahteraan terhadap pemimpin d serta di 2 buah daerah ini....amin ya rabbal alamin