USCCB undi biarkan siasatan Vatikan diteruskan

USCCB undi biarkan siasatan Vatikan diteruskan

Nov 23, 2018

BALTIMORE: Para Uskup Amerika Syarikat pada 14 November mengetepikan resolusi bagi memberi laluan kepada Vatikan untuk melepaskan semua dokumen yang berkaitan dengan penyiasatan tuduhan salah laku oleh Uskup Agung Theodore E. McCarrick.

Resolusi itu diketepikan dengan suara 137-83 pada Persidangan Uskup Katolik A.S. di Baltimore.

Uskup Earl A. Boyea Jr dari Lansing, Michigan, mencadangkan resolusi itu. Selepas perbincangan selama 30 minit, para uskup mengambil keputusan untuk membiarkan Vatikan meneruskan siasatan tanpa meminta tindakan selanjutnya.

Resolusi itu diperkenalkan pada 14 November selepas tiga hari perbincangan semasa mesyuarat musim luruh yang menumpukan respon dari badan penuh para uskup tentang pertuduhan salah laku seksual di kalangan klerus di gereja A.S.

Para Uskup telah didesak oleh umat dan paderi di keuskupan masing-masing untuk mengambil beberapa tindakan awam untuk menunjukkan mereka serius mengatasi kes-kes salah laku seksual di kalangan klerus.

Undian itu juga adalah hasil selepas wujudnya rancangan untuk mengadaptasi beberapa tindakan yang lebih kuat bagi meningkatkan kebertanggungjawaban para uskup yang telah diketepikan atas permintaan kongregasi Vatikan bagi para Uskup.

Kardinal Daniel N. DiNardo dari Galveston- Houston, presiden USCCB, membuka perhimpunan itu dengan menyampaikan berita pemberitahuan dari Vatikan dan undi mengenai cadangan itu tidak akan diambil semasa mesyuarat.

Beliau berkata surat dari Vatikan meminta agar sebarang tindakan mengenai langkahlangkah yang dicadangkan agar ditangguhkan sehingga selepas mesyuarat Februari akan datang iaitu selepas setiap presiden persidangan para uskup dari seluruh dunia dipanggil oleh Paus Fransiskus untuk menangani salah laku seksual di kalangan klerus serta memastikan bahawa cadangan- cadangan itu selaras dengan undang-undang kanon.

Pada bulan Jun dan Julai, tercetusnya laporan bahawa Uskup Agung McCarrick didakwa melakukan salah laku seksual di kalangan seminarian dan kanak-kanak, lebih sedekad lalu. Sri Paus Fransiskus menerima peletakan jawatan McCarrick dari jabatan kardinal pada bulan Julai dan memerintahkan bekas kardinal itu untuk menjalani hidup doa dan penebusan. Bagaimana pun McCarrick telah menafikan tuduhan tersebut.

Momentum seolah-olah dibina sepanjang dua hari terakhir persidangan bagi mengambil beberapa tindakan seperti yang telah dimahukan oleh para uskup sebelum ini. Menjelang tengah hari 14 November, semakin ramai uskup yang mengundi persidangan itu mengambil langkah serius untuk menangani krisis salah laku seksual di kalangan klerus. — CNS

Total Comments:0

Name
Email
Comments