Vatikan berusaha hidupkan kembali dialog dengan Universiti Al-Azhar

Vatikan telah mengundang Sheikh Ahmed al Tayyeb, ketua Universiti Al Azhar untuk bertemu dengan Paus Fransiskus dan menyambung semula siri perbincangan formal mereka.

Feb 26, 2016

KOTA VATIKAN: Vatikan telah mengundang Sheikh Ahmed al Tayyeb, ketua Universiti Al Azhar untuk bertemu dengan Paus Fransiskus dan menyambung semula siri perbincangan formal mereka. Al Azhar telah menerima undangan itu pada prinsipnya.

Perwakilan dari Al-Azhar, iaitu sebuah institusi paling berprestij di dunia Sunni Islam, terlibat secara aktif dalam dialog dengan Takhta Suci sehingga Januari 2011, apabila universiti Mesir itu memutuskan hubungan dengan Vatikan sebagai membantah kenyataan umum di mana Paus Benediktus XVI telah mengecam keganasan terhadap minoriti Kristian Mesir.

Universiti itu berkata, kenyataan Benediktus adalah “campur tangan yang tidak boleh diterima di dalam hal ehwal Mesir.” Bagaimana pun, pada tahun 2013, Al Azhar menyatakan bahawa ia memandang ke hadapan untuk menyambung semula dialog di bawah Paus Fransiskus.

Beberapa minggu lalu, Uskup Agung Miguel Ayuso Guixot, setiausaha Dewan Kepausan untuk Dialog Antara Agama, terbang ke Mesir untuk menghadiri menyerahkan undangan itu secara peribadi. Beliau memberitahu Fides bahawa Vatikan berharap “untuk meneruskan hubungan kerjasama yang akrab — di mana bagi pihak Takhta Suci, ia tidak pernah putus.” Prelatus itu menambah bahawa “kami berharap dialog atau pertemuan itu berlaku tidak lama lagi.”

Uskup Agung itu berkata bahawa adalah penting untuk mengambil tindakan bagi menyambung semula dialog dengan institusi Islam lebih-lebih lagi kita pernah mengalami “dalam masa kegelapan dialog dapat melegakan ketegangan di seluruh dunia antara Islam dan dunia Barat.” -- Fides

Total Comments:0

Name
Email
Comments