Vatikan iktiraf Korea Selatan sebagai pusat ziarah antarabangsa

Vatikan iktiraf Korea Selatan sebagai pusat ziarah antarabangsa

Sep 21, 2018

SEOUL: Vatikan telah mengadakan perayaan rasmi di Seoul pada 14 September untuk mengakui ibukota Korea Selatan itu sebagai tempat ziarah antarabangsa rasmi, yang pertama untuk Asia, untuk tempat ziarah kemartiran.

Acara ini diadakan di Taman Seosomun yang bersejarah, di mana ratusan orang menjadi martir, termasuk 44 yang telah dinyatakan sebagai orang kudus dan 27 lainnya yang dinyatakan sebagai beato.

Kardinal Andrew Yeom Soo-jung, uskup agung Seoul, mengatakan pengiktirafan itu “sangat bererti” bagi rakyat Korea kerana ziarah ke tempat- tempat itu telah menjadi sebahagian kehidupan mereka.

Prelatus itu mengatakan Gereja Korea didirikan di atas “darah dan peluh” para matirnya yang mengalami penganiayaan berat kerana iman mereka.

Sejak 2013, Keuskupan Agung Seoul telah menyelenggarakan ziarah ke pelbagai tempat bersejarah yang mempunyai sejarah serta kisah penting lebih 200 tahun sejarah Gereja di kota itu.

Uskup Agung Rino Fisichella, ketua Dewan Kepausan untuk Evangelisasi, telah memimpin perayaan itu.

Prelatus itu mengatakan, pengiktirafan tempat-tempat ziarah di Seoul itu adalah “momen istimewa” yang menunjukkan usaha Gereja Katolik dalam evangelisasi.

“Gagasan tentang ziarah ini adalah momen penting bagi Gereja,” kata Uskup Agung Fisichella, seraya menambah bahawa “pusat ziarah dan kerohanian pada kudus” memainkan peranan dalam kehidupan umat beriman.

Beliau mengatakan bahawa Gereja Katolik dewasa ini, yang menghadapi pelbagai rintangan, “cabaran yang dihadapi, “memerlukan gerakan evangelisasi baru yang kuat.”

Lebih 30 pemimpin Gereja Asia dari 13 negara telah menyertai perayaan “Minggu Ziarah” yang bermula pada 10 Sept.

Uskup Agung Seoul juga mengatakan umat Katolik Asia “harus mengembangkan hubungan yang lebih baik melalui ziarah.”

“Bernoda dalam darah dan keringat para martir, pusatpusat ziarah ini bukan hanya warisan Gereja di Korea saja,” kata kardinal.

Prelatus itu menggambarkan daerah ziarah sebagai “warisan suci tidak hanya untuk umat Katolik, tetapi untuk semua warga di Semenanjung Korea, orangorang Asia dan dunia.”

Total Comments:0

Name
Email
Comments