Walau berbeza agama kebersamaan harus diutamakan

Para belia Katolik Paroki Santa Maria Diangkat ke Syurga, Pekon Panutan, Lampung telah menganjurkan Minggu Olahraga dan Seni (Porseni) Antara Agama sebagai mempromosi semangat keharmonian dan saling menghormati masyarakat pelbagai agama di Indonesia.

Nov 11, 2016

LAMPUNG, Indonesia: Para belia Katolik Paroki Santa Maria Diangkat ke Syurga, Pekon Panutan, Lampung telah menganjurkan Minggu Olahraga dan Seni (Porseni) Antara Agama sebagai mempromosi semangat keharmonian dan saling menghormati masyarakat pelbagai agama di Indonesia.

Acara Porseni itu mendapat sambutan hangat di kalangan pemuda dari agama Islam, Hindu dan Protestan. Porseni ini turut menjemput beberapa orang kenamaan untuk menyampaikan “Kuliah Tujuh Minit” yang memberi semangat dan motivasi kepada belia.

Para belia diingatkan agar menjauhi kegiatan dadah, alkohol dan pergaulan bebas. Namun objektif utama Minggu Porseni ialah menekankan kepada para belia pelbagai agama bahawa agama sahaja berbeza tetapi kebersamaan dan semangat menghomati harus ada demi mewujudkan tempat tinggal yang aman damai.

Selain itu, belia juga dicabar untuk peka kepada isu-isu semasa, menjadi pejuang kepada mereka yang tertindas dan berani menegur mana-mana pemimpin atau pentadbir yang menyeleweng dan tidak adil.

Antara acara utama Porseni yang lain ialah pertandingan Futsal, festival band dan seni tarian.--sumber ucanews.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments