Yesus adalah Hidup yang kekal

Injil Lukas hari ini membicarakan pertanyaan tentang hidup kita kelak sesudah kita dipanggil Tuhan. Hidup yang akan datang itu berkaitan dengan iman kita akan kebangkitan.

Nov 10, 2019

HARI MINGGU BIASA ke-32 TAHUN C
KEBIJAKSANAAN 11: 22-12,2 2
TESALONIKA 1: 11-2,2 LUKAS 19: 1-10

Injil Lukas hari ini membicarakan pertanyaan tentang hidup kita kelak sesudah kita dipanggil Tuhan. Hidup yang akan datang  itu berkaitan dengan iman kita akan kebangkitan.

Tentang adanya kebangkitan sesudah kematian ditegaskan oleh Yesus, yang bersabda: “Tuhan disebut Tuhan Abraham, Tuhan Ishak, dan Tuhan Yakub. Dia bukanlah  Tuhan orang mati, melainkan Tuhan orang hidup sebab di hadapan Dia semua orang hidup” (Luk 20:37-38). Masalah yang dikemukakan oleh kaum Saduki kepada Yesus tentang hidup yang akan datang, sekarang pun tetap aktual dan relevan.

Kaum Farisi percaya akan kebangkitan dan akan kehidupan kelak, sedangkan kaum Saduki tidak. Bagi mereka hidup manusia berakhir dengan kematiannya.

Kita sebagai umat Kristian percaya akan hidup kekal kelak. Tetapi sejauh manakah kita sungguh memikirkan hal itu? Apakah kita sungguh mengarahkan penghayatan hidup kita ke sana? Bukankah kita lebih memperhatikan hidup kita sekarang ini?

Kita sebenarnya harus yakin dan sedar, bahawa bagi kita adanya hidup kekal kelak sangat menentukan secara mendasar pengarahan sifat  dan hasil hidup kita sekarang, yang tidak lama ini! Bila tidak ada hidup kelak, maka kita hanya akan berusaha sebanyak-banyaknya membuat hidup kita sekarang sebahagia, semakmur, seberhasil mungkin, untuk kita nikmati sebanyak dan sepuas mungkin! Dengan demikian harapan akan hidup kekal kelak tak banyak artinya, bahkan kita anggap sebagai menipu diri sendiri.

Namun, apabila kita tahu, yakin dan sedar, bahawa bagi kita tersedia hidup kekal kelak, maka pandangan atas makna dan penghayatan hidup kita sekarang ini akan sangat berlainan. Kita akan sedar, bahawa hidup kita di dunia ini sekarang ini adalah sementara dan bersifat sebagai suatu persiapan.

Maka persiapan inilah yang akan menentukan kelak keadaan kita terakhir, yang akan dinilai dan diputuskan oleh Tuhan dengan ukuran-Nya yang benar dan adil. Bila hal ini kita sedari, maka seluruh sikap dasar hidup kita sehari-hari dalam perjalanan hidup kita sekarang ini akan berubah. Nah, itu tergantung daripada kepercayaan kita akan masa hadapan kita sendiri.

Cara kaum Saduki menampilkan masalah mereka tentang kebangkitan dan kehidupan kekal kelak seolah olah masuk akal. Namun dari segi lain sebenarnya pandangan mereka terlalu “murah” atau sangat sederhana.

Masalahnya mereka ajukan seolah-olah seperti suatu kes masyarakat di dunia ini sahaja. Kaum Saduki tidak mengenal kehidupan lain, yang berbeza dengan daripada kehidupan di dunia ini. Hal-hal yang bersangkutan dengan Tuhan hendak ditangani bagaikan masalah antara manusia di dunia ini sahaja.

Bahkan sebenarnya mereka mahu menyerang atau menurunkan martabat Yesus, yang berbicara tentang kehendak Tuhan. Yesus berbicara tentang dua hal, dua kenyataan yang memang berbeza, iaitu tentang hidup kita sekarang di dunia ini, dan tentang hidup kita kelak di kemudian hari. Kedua-dua ruang hidup itu berbeza dan berlainan sekali.

Di dunia ini apa yang kelihatanlah yang dilihat dan dimutlakkan. Tetapi Tuhan, Penciptanya, tidak kelihatan! Sedangkan di dunia lain, yakni di dalam hidup kekal yang akan datang, hanya Tuhan yang tampak! Segala hal lainnya tidak bererti, tiada nilainya. Apabila orang tidak mengenal dan tidak percaya akan adanya masa kekal kelak, maka segalanya akan dilihat dan ditangani secara duniawi  seperti sekarang ini.

Sebaliknya apabila kita percaya akan kebangkitan kita sesudah kita mati, dan percaya akan hidup kekal kelak, maka kita tidak akan terlalu mempersoalkan hal-hal, seperti diajukan oleh kaum Saduki untuk menjatuhkan nama dan kepercayaan orang kepada Yesus sebagai Penyelamat.

Yesus menegaskan adanya hidup kekal. Tuhan adalah Tuhan yang hidup. Dia telah menciptakan kehidupan, yang tidak akan ditiadakan atau dilenyapkan-Nya. Tuhan memelihara kehidupan.Buktinya Dia membangkitkan orang mati untuk diberi kehidupan kekal. Dengan bahasa Perjanjian Lama Yesus berkata bahawa Tuhan adalah Tuhan Abraham, Ishak dan Yakub.

Ertinya, bukanlah seolah-olah Tuhan adalah Tuhan pada masa  dahulu, di mana orang-orang itu sudah tidak ada lagi. Tuhan bukanlah Tuhan orang-orang yang sudah mati.

Abraham, Ishak dan Yakub sekarang pun masih hidup, tetapi mereka hidup  dalam keadaan yang lain. Mereka menerima hidup baru dari Tuhan yang memeliharanya. Apakah pesan Injil hari ini kepada kita? Pesan Injil hari ini ialah bahawa percaya kepada Tuhan bererti juga percaya kepada kehidupan sesudah kematian. Tetapi juga bererti percaya, bahawa hidup baru atau hidup kekal total berlainan dengan hidup kita sekarang ini.

Kita harus sedar, bahawa kita jangan menyelesaikan segala masalah hidup kita hanya dengan jawaban manusiawi belaka, melainkan juga harus dibenarkan dengan jawaban ilahi. -- imankatolik.org.id, Msgr. FX. Hadisumarta O.Carm

Total Comments:0

Name
Email
Comments