Youth Camp III ajak belia amati “Panggilan dan Pilihan”

St. Paul Rumidi Pinunakan, Zon Jalan Nangoh yang bernaung di bawah Paroki St. Martin Telupid telah berjaya menganjurkan Youth Camp kali ke-3.

Sep 21, 2018

TELUPID: St. Paul Rumidi Pinunakan, Zon Jalan Nangoh yang bernaung di bawah Paroki St. Martin Telupid telah berjaya menganjurkan Youth Camp kali ke-3. Youth Camp ini merupakan program tahunan belia Zon Jalan Nangoh yang telah dimulakan sejak dua tahun yang lalu (2016) secara bergilir mengikut tuan rumah yang telah dicabut undi oleh Father Jasery G. Emanuel.

Program yang bertemakan “Panggilan dan Pilihan” (2 Petrus 1:10) telah dijalankan bermula pada 22-25 Ogos 2018 telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Seramai 148 belia yang terdiri daripada 115 orang peserta dan 33 Ahli Jawatankuasa Pelaksana (AJP) telah menyertai kem ini.

Penyertaan Youth Camp 3 pada kali ini begitu unik kerana bukan sahaja lengkap disertai dari tujuh buah chapel dalam Zon Jalan Nangoh, tetapi juga menerima penyertaan belia daripada Paroki Telupid, Misision Paitan dan Sandakan.

Antara objektif YC3 pada kali ini, ialah memberi pendedahan kepada belia akan pentingnya mengambil bahagian dalam apa juga pelayanan, mengeratkan silaturahim dengan menjalinkan kerjasama dalam kalangan peserta serta pemimpin gereja dan membentuk belia yang berani menjadi seorang pemimpin dan pelayan di ladang Tuhan.

Program bermula dengan pendaftaran peserta, berdoa Rosario di Grotto gereja dan Misa Kudus pembukaan oleh Father Stanley William. Seterusnya sesi ice breaking dan games. Pada sebelah malam, sesi pembuka tirai Youth Camp 3 iaitu Opening Ceremony yang merangkumi sesi pujian dan penyembahan.

Hari kedua dimulakan dengan doa pagi iaitu Doa Bersama Alam dan senamrobik. Pada sebelah pagi, para peserta dikenyangkan dengan sesi ceramah daripada Ko-ordinator Belia Keuskupan Sandakan, iaitu Sdri Anna Teresa Peter Amandus dan Katekis Gabriel Sundang.

Salah satu pertanyaan yang menyentak hati para belia, ialah “Siapakah Yesus itu bagi kamu?”, oleh Anna Teresa, manakala dalam sesi Katekis Gabriel pula, para belia didedahkan tentang jenis-jenis panggilan. Selain itu, para belia juga didedahkan dengan pengetahuan liturgi yang disampaikan oleh wakil daripada Komiti Liturgi Zon Jalan Nangoh, iaitu Pn. Rekha Jubun.

Pada sebelah petang, para belia menjalani dua sesi Faith Workout, yang pertama “Bertemu dan Mencari Tuhan dalam Diri” dan kedua, “Panggilan dan Pilihan”. Dalam sesi Faith Workout yang pertama, para belia membuat perkongsian firman Tuhan secara berkumpulan.

Bagi sesi Faith Workout yang kedua pula, secara berkumpulan belia didedahkan dengan aktiviti duniawi, iaitu menari dan menyanyi sebebasbebasnya dan kemudiannya mereka melakonkan realiti cabaran kehidupan belia berdasarkan kad yang diberi.

Di stesen ketiga mereka diberi bermacam- macam persoalan tentang panggilan dan pilihan yang telah mereka lakukan. Antara soalan yang diberikan, ialah “Adakah panggilan dan pilihan kamu setakat ini sudah 100% atau 50%?”.

Pada sebelah malam, merupakan sesi Faith Workout ketiga, iaitu “Holy Room”. Dalam sesi ini, para belia membuat pilihan antara dua jalan secara individu. Iman dan pilihan mereka sendiri yang akan menentukan jika mereka menemukan Salib Yesus dan berdoa di altar ataupun berputus asa.

Dalam sesi ini, kebanyakan belia yang menemukan Salib Yesus merasakan sentuhan termasuk belia yang berumur 11 tahun. Terdapat juga belia yang berputus asa dan berpatah balik.

“Apapun jalan yang dipilih jika kita mengandalkan Tuhan pasti pilihan itu tepat,” kata Winna Tony selaku pengendali utama sesi ini. Namun, apapun kesudahan secara individu dalam sesi ini merupakan pengalaman, sentuhan dan iktibar yang dapat dibawa oleh para belia dalam kehidupan sebenar seharihari.

Di hari ketiga YC 3, Anna Teresa bersama tim menyampaikan sesi, “Why Me? disusuli sesi perkongsian “Harga Cinta Kasih” oleh Cikgu Kevin Amit dan dimantapkan dengan perkongsian mengenai “Pesan Sri Paus Francis” daripada Ketua Belia Zon Jalan Nangoh, iaitu Sdra Fandy Dahalan.

Seterusnya, Faith Workout ke-5 pula ialah “Memikul Salib Kehidupan”. Dalam sesi ini, para belia memikul salib yang berukuran 9 kaki 8 inci dan 8 kaki lebar bermula dari kawasan kebun sawit kampung dan menaiki bukit sehingga ke chapel St Paul Rumidi.

Setibanya para belia di chapel, semua ketua kumpulan membunyikan loceng kemenangan dan masuk ke dalam chapel. Para belia yang tiba disambut dengan lagu penyembahan Hosanna oleh pemimpin penyembahan dan penari rebana.

Acara kemuncak, ialah pada malam hari ketiga dengan sesi Faith Workout ke- 6, iaitu sesi “Doa Pengampunan”. Ia diakhiri dengan acara saling bersalaman dan ditutup dengan Talithakum.

Pada hari terakhir, sesi perkongsian, evaluasi dan ibadat sabda penutup oleh Katekis Ronnie Elis dijalankan. Setelah itu, acara penutup tirai berlangsung di khemah kanopi, iaitu persembahan suku bangsa daripada semua kumpulan termasuk AJP, penyampaian sijil bagi para peserta, penyampaian anugerah bagi peserta terbaik lelaki/perempuan dan kumpulan terbaik, penyampaian sijil penghargaan bagi AJP yang terlibat dan cabutan undi tuan rumah yang akan datang

Total Comments:0

Name
Email
Comments