Ziarah ke tujuh buah Gereja, bedoa pengampunan untuk keluarga

Ziarah ke tujuh buah Gereja, bedoa pengampunan untuk keluarga

Aug 31, 2018

DUBLIN, Ireland: Para peserta Perhimpunan Keluarga Sedunia di Dublin telah dijemput untuk berjalan di “Dublin Camino,” iaitu ziarah ke tujuh Gereja di seluruh bandar yang ditaja oleh Keuskupan Agung Dublin.

Acara yang berlangsung dari 18 hingga 25 Ogos ini bertujuan untuk menjadikan tema-tema Perhimpunan Keluarga Sedunia dapat diakses oleh semua orang, meskipun tidak dapat menghadirinya acara tersebut.

Dalam ziarah tersebut, para peserta mengambil “Pasport Perjalanan Penziarah” di mana-mana tujuh Gereja tersebut, di mana setiap Gereja itu telah ditandai dengan banner, dan peserta boleh mengunjungi ketujuh-tujuh Gereja itu tanpa atau dengan mengikut susunan.

Seperti yang membuat perjalanan di Camino de Santiago de Compostela di Sepanyol, para penziarah di Dublin turut menerima cap di setiap Gereja berbeza dan materai akhir akan dicap pada pasport ziarah mereka, menandakan ziarah mereka telah lengkap.

Pasport yang mendapat cap penuh akan menjadi peringatan sepanjang hayat sebagai salah seorang peserta Pertemuan Keluarga Sedunia di Dublin kali ke IX, kata Uskup Agung Dublin, Msgr Diarmuid Martin dalam surat yang dicetak pada pasport ziarah itu. “Ia juga mencatat ziarah perjalanan doa dan refleksi para peserta melalui tema-tema yang berkaitan pada setiap gereja,” katanya. Peta interaktif perjalanan ziarah juga mudah didapati dalam aplikasi mudah alih World Meeting of Families yang rasmi.

Di setiap gereja, para penziarah diminta berdoa untuk intensi khusus berkaitan dengan keluarga, seperti datuk nenek, ibu bapa, dan anakanak. Sukarelawan menunggu di setiap gereja untuk menyambut kedatangan penziarah, memberi hadir di setiap gereja untuk menyambut jemaah, menampal cap pada pasport dan menyediakan maklumat mengenai sejarah gereja tersebut.

Menariknya, gereja Anglikan turut tersenarai dalam tujuh buah gereja yang diziarahi. Menurut Rev. Ross Syles, seorang imam Anglikan, ini menandakan Komuniti Anglikan mempunyai hubungan ekumenikal yang kuat dengan Gereja Katolik Dublin. — CNA

Total Comments:0

Name
Email
Comments