Kaum muda akui Gereja bantu mereka cari kesejatian hidup

Kaum muda akui Gereja bantu mereka cari kesejatian hidup

Oct 05, 2018

KOTA VATIKAN: Dewasa muda berjuang untuk merealisasikan semangat mereka, sesuatu untuk ditumpukan dalam kehidupan mereka dan Gereja dapat membantu mencari makna kehidupan, ujar salah seorang peserta sinode dari Vietnam pada 4 Okt.

Bercakap semasa sidang akhbar singkat pada hari kedua sinode untuk belia, Joseph Joseph Cao Huu Minh Tri, 21, berkata, “idea untuk mencari semangat sejati anda” adalah topik hangat terutama di Vietnam, dan menjadi subjek yang banyak disiarkan dalam Youtube, buku-buku dan seminar.”

“Meskipun ada banyak sumber untuk menjawab soalan belia tetapi masih terdapat berjuta- juta orang muda dan orang dewasa yang masih bergelut untuk mencari semangat sebenar mereka dan hidup bahagia?”

Joseph ingin mengusulkan kepada sinode untuk penekanan yang lebih besar terhadap maruah manusia dan mempromosikan ajaran sosial Katolik untuk melibatkan isu-isu moden terutamanya dengan garis panduan praktikal untuk remaja dan belia.

“Dengan terang Roh Kudus dan iman, kami percaya bahawa ada jalan, berdasarkan ajaran Gereja dalam menangani masalah yang dihadapi belia dan membantu mereka menemui semangat sejati, yang diilihami oleh penderitaan dan kebangkitan Tuhan.”

Semasa sidang akhbar itu juga, ketua baru jabatan komunikasi Vatikan, Paolo Ruffini, memberikan gambaran umum mengenai sesi pagi sinode untuk kaum muda, iman dan penelitian panggilan, dan tema-tema yang dibincangkan intervensi sepanjang hari kedua.

Tema-tema utama intervensi ini termasuk perang, kemiskinan, migrasi, pengangguran, seksualiti, dan penderaan seksual.

Santiago, seorang pendengar belia, yang merupakan seorang wanita hidup bakti, bercakap tentang "pencarian" kaum muda semasa sesi pagi sinode. Beliau menjelaskan bahawa kaum muda pada masa ini, sedang mencari banyak perkara, dari pekerjaan, panggilan, identiti dan tujuan hidup mereka.

Santiago juga merupakan peserta dalam pertemuan pre-sinode pada bulan Mac lalu terkejut apabila mendapati lebih 300 orang anak muda, yang meskipun berbeza latar belakang dan budaya tetapi mempunyai persamaan.

“Kami anak-anak muda mahu dialog, kebenaran dan kami juga menyedari banyak isu dan keperluan dunia dan kami bersyukur Gereja mengambil masa ini untuk menumpukan perhatian mereka kepada keperluan, kerisauan dan keprihatinan kaum muda.”

Seorang lagi peserta sinode, Chiara Giaccardi, seorang profesor sosiologi Itali, mengatakan beberapa uskup bercakap tentang seksualiti dan keperluan untuk menangani realiti konkrit seseorang.

Chiara berkata idea itu dimaklumkan bahawa dimensi ini bukan musuh kepada perkembangan orang itu, tetapi merupakan sebahagian daripada mereka. Dan perlu ada pengiktirafan kegagalan untuk menemani dimensi belia dewasa ini, untuk membantu mereka berkembang secara keseluruhan. — CNA/EWTN

Total Comments:0

Name
Email
Comments