Kerelaan melayani perlu komitmen tinggi

Seramai 34 ahli Komuniti Kristian Dasar (KKD) menyatakan keinginan mereka untuk melayani di Paroki St. Martin, Telupid pada April 6 lalu.

May 08, 2014

TELUPID (Herald Malaysia): Seramai 34 ahli Komuniti Kristian Dasar (KKD) menyatakan keinginan mereka untuk melayani di Paroki St. Martin, Telupid pada April 6 lalu. “

"Di dalam kehadiran Tuhan dan umat-Nya, kamu akan menyatakan keinginan kamu untuk melayani Tuhan sebagai AJK KKD di Paroki ini,” kata Fr. Jasery Gabuk selaku Paderi Paroki.

Fr. Jasery menjelaskan bahawa peranan dan tanggungjawab melayani bukan hanya sekadar di pusat paroki sahaja tetapi juga di seluruh pelusuk Paroki.

“Tanggungjawab pelayanan ini adalah para ahli haruslah membentuk diri terlebih dahulu melalui kefahaman Katekismus Gereja Katolik dan mengamalkannya dalam kehidupan harian,” jelasnya.

Di dalam ikrar, ahli-ahli KKD menyatakan kerelaan untuk melayani dengan komitmen tinggi dalam pelayanan KKD di samping berjanji melayani dengan semangat pelayanan Kristus sebagai Sang Gembala Baik.

Mereka juga berjanji untuk bersaksi dengan nilai-nilai kegerejaan sentiasa dibimbing Roh Kudus agar diberi kekuatan sambil didukung dengan doa daripada seluruh komuniti.

Total Comments:0

Name
Email
Comments