Rahsia para pertapa yang berbaloi untuk kita ketahui

Para pertapa mempunyai rahsia yang sangat berbaloi untuk kita ketahui, dan ia boleh menjadi sangat berharga ketika pandemik coronavirus memaksa berjuta-juta kita hidup seperti pertapa.

Jul 17, 2020

Para pertapa mempunyai rahsia yang sangat berbaloi untuk kita ketahui, dan ia boleh menjadi sangat berharga ketika pandemik coronavirus memaksa berjuta-juta kita hidup seperti pertapa.

Kerana wabak Covid-19, berjuta-juta kita terpaksa tinggal di rumah, bekerja dari rumah, berlatih menjarakkan diri dari semua orang kecuali yang ada di rumah kita sendiri dan menjalinkan hubungan sosial yang minimum dengan orang luar. Dengan cara berbicara, ini telah menjadikan kebanyakan kita, suka atau tidak, menjadi seperti pertapa. Adakah apa-apa petua atau rahsia untuk memperkembangkan hidup seperti pertapa ini?

Saya bukan seorang pertapa, atau pakar kesihatan mental, jadi apa yang saya sampaikan di sini bukanlah peraturan Sto. Benedict atau sebilangan petua kesihatan mental profesional. Ini adalah hasil dari apa yang telah saya pelajari dari para pertapa dan dari para komuniti religius yang mempraktikkan "memberi tanpa mengharap balasan" selama lima puluh tahun.

Berikut adalah sepuluh nasihat untuk hidup ketika kita menjalani tempoh berkurung di rumah iaitu hidup dalam keadaan di mana kita tidak mempunyai banyak privasi, harus menjalani banyak kehidupan dalam lingkaran yang sangat kecil, menghadapi berjam-jam di mana kita harus berjuang untuk mencari perkara-perkara yang memberi tenaga kepada kita, dan di mana kita penghiburan atau mengalihkan perhatian daripada kebosanan,  kecewa, tidak sabar, dan lesu. Bagaimana seseorang dapat bertahan dan berkembang dalam hidup sebagai pertapa?

1. Buat rutin. Itulah kuncinya. Itulah yang dilakukan para pertapa. Buat rutin terperinci selama berjam-jam di hari anda seperti anda membuat anggaran kewangan anda. Jadikan ini sangat praktikal: senaraikan perkara yang perlu anda lakukan setiap hari dan masukkannya ke dalam jadual waktu yang konkrit dan kemudian patuhi itu sebagai tatatertib, walaupun kelihatan kaku dan membosankan.  Tepis godaan dengan akur atau mengikut aliran tenaga dan mood anda atau bersandar pada hiburan dan apa sahaja gangguan yang dapat temui bagi anda  melalui siang dan malam anda.

2. Bersihkan diri dan bergayalah setiap hari, seolah-olah anda keluar dan bertemu orang. Tepis godaan yang mahu anda tidak perlu menjaga kebersihan, berdandan dan bersolek. Jangan menghabiskan waktu pagi dengan hanya berbaju tidur: Bersihkan diri dan berdandan. Jika anda selekeh sepanjang hari, apa tanggapan keluarga anda terhadap anda? Bukankah mereka berharga? Dan apa yang anda katakan kepada diri sendiri? Bukankah saya sangat berharga? Diri yang tidak kemas selalu membawa ketidak ceriaan dan  murung.

3. Lihat di luar diri anda dan keperluan anda setiap hari untuk  melihat orang lain dan keperitan dan kekecewaan mereka. Anda tidak bersendirian; orang lain juga sedang mengalami apa yang anda alami. Tidak ada yang akan menjadikan hari anda lebih sukar untuk ditanggung daripada fokus dan rasa kasihan diri yang berlebihan.

4. Cari tempat untuk bersendirian untuk beberapa waktu setiap hari dan tunjukkan  kesopanan yang sama kepada orang lain. Jangan meminta maaf kerana anda memerlukan masa, untuk berseorangan. Ini penting untuk kesihatan mental, bukan tindakan mementingkan diri sendiri. Beri juga orang lain ruang itu. Kadang kala anda perlu berpisah, bukan hanya untuk kepentingan diri sendiri tetapi untuk kepentingan orang lain. Para pertapa  menjalani kehidupan komuniti yang sengit, tetapi mereka masing-masing juga mempunyai  ruang peribadi untuk bersendirian.

5.Amalkan praktik kontemplatif setiap hari yang merangkumi doa. Pada jadual yang anda buat sendiri, tandakan sekurangkurangnya setengah jam atau satu jam setiap hari untuk beberapa latihan kontemplatif: berdoa, membaca tulisan rohani, membaca buku yang serius, jurnal, melukis gambar, melukis pagar, membuat artifak, membetulkan sesuatu, berkebun, menulis puisi, menulis lagu, memulakan memoir, menulis surat panjang kepada seseorang yang sudah lama tidak anda lihat, apa sahaja; tetapi lakukan sesuatu yang membebaskan jiwa anda dan rangkumkannya di dalam doa.

6. Amalkan "Sabat" setiap hari. Hari Sabat tidak perlu sehari; ia juga boleh dalam satu jam. Beri diri anda sesuatu yang sangat istimewa untuk dinantikan setiap hari, sesuatu yang menggembirakan dan sensual: mandi air panas, minum segelas wain, menghisap cerut di kaki lima, menonton semula sitkom lama kegemaran, tidur siang di kerusi malas di bawah payung besar - apa sahaja selagi ia dilakukan semata-mata untuk keseronokan. Jadikan ini sebagai disiplin

7. Amalkan “Sabat” setiap minggu. Pastikan hanya ada enam hari dalam seminggu untuk anda tetap dan mengikuti rutin yang anda tetapkan. Berehat dari rutin sekali dalam seminggu. Tetapkan satu hari untuk kesero nokan, mungkin satu hari anda menghabiskan masa dengan makan penkek sebagai sarapan dengan santai.

8. Cabar diri anda dengan sesuatu yang baru. Regangkan diri anda dengan mencuba sesuatu yang baru. Belajar bahasa baru, ambil hobi baru, belajar memainkan alat muzik. Ini adalah peluang yang tidak pernah anda miliki.

9. Berbuallah tentang ketegangan yang timbul di dalam rumah anda – tetapi dengan berhati-hati. Ketegangan akan timbul ketika tinggal serumah. Para pertapa mengadakan pertemuan komuniti  untuk mengatasi ketegangan tersebut. Bincangkan ketegangan dengan jujur antara satu sama lain, tetapi dengan berhati-hati; ucapan yang menyakitkan kadang-kadang tidak pernah akan sembuh.

10. Jaga badan anda. Kita bukan roh yang terpisah-pisah. Perhatikan tubuh badan anda. Lakukan senaman yang mencukupi setiap hari untuk memastikan badan anda sentiasa bertenaga. Berhati-hatilah untuk tidak menggunakan makanan sebagai penawar hidup kebosanan kerana hidup terkurung. Para pertapa sentiasa berhati-hati dengan diet mereka — kecuali pada hari-hari keraian. Para pertapa sesungguhnya mempunyai rahsia yang berbaloi untuk kita ketahui. --Hakcipta Terpelihara 1999-2020 @Fr Ron Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments