Satu calon paderi Keuskupan, dua bakal paderi religius akan ditahbis awal tahun 2021

Dalam surat pastoralnya bertarikh, Bapa Uskup Cornelius Piong mengumumkan bahawa akan ada dua pentahbisan imamat pada bulan Februari dan satu pentahbisan diakon pada akhir bulan ini.

Jan 09, 2021

KENINGAU: Dalam surat pastoralnya bertarikh, Bapa Uskup Cornelius Piong mengumumkan bahawa akan ada dua pentahbisan imamat pada bulan Februari dan satu pentahbisan diakon pada akhir bulan ini.

1.Diakon Wilfred James akan ditahbiskan sebagai Paderi pada 13 Feb ri Paroki Katedral St Francis Xavier, Keningau pada jam 10.00 pagi.

2.Diakon Gilbert James dari kongregasi OFM Cap akan ditahbis pada 20 Februai 2021 di Paroki St Theresa, Tambunan jam 10.00pagi.

3. Diakon Sharbel Francisco de Karem El, CSE akan ditahbis menjadi paderi pada 30 Januari 2021 di Paroki Holy Cross, Toboh pada jam 10.00 pagi.

4. Bro Rudolf de Aquaviva, CSE akan ditahbis menjadi Diakon pada 30 Januari 2021 di Paroki Holy Cross Toboh pada jam 10.00 pagi.

Syukur dan Puji Tuhan kita tetap masih dapat meneruskan pelayanan dan aktivitiaktiviti Pastoral sepanjang tahun 2020 walaupun pergerakan kita sangat terhad kerana pandemik covid-19.

Syukur juga kepada kemajuan media,  kita tetap dapat berhubung antara satu sama lain melalui Misa online, Kopi Rohani, KekitaanFm dan sebagainya.

Dalam memasuki tahun 2021, marilah kita sebagai umat-Nya teruskan perjalanan kita bersama berbekalkan jaminan Yesus, "jangan takut" kerana Dia sentiasa "menyertai" kita (Mk 4:35-41).

Bapa Uskup Cornelius juga menjelaskan bahawa oleh kerana PKP, perancangan  Pastoral yang telah dirancang semasa PUKAT 11 pada tahun 2019, telah tergendala.

Namun selaku anggota-anggota kerajaan Tuhan, melalui kepimpinan dan pelayanan kita sebagai Paderi, Religius dan Awam, "saya percaya kita sentiasa peka terhadap tanggungjawab kita dalam mengukuh dan mempertingkatkan penyembahan, pembentukan iman dan tanggungjawab sosial kita umat Tuhan."

"Marilah kita sama-sama hidupkan semangat kesatuan, kesetiaan dan kekudusan kita seperti yang diharapkan dan didoakan Yesus untuk kita umat-Nya (Yoh 17:1119)."

Mesyuarat Team Pastoral Keuskupan (TPK) telah memutuskan bahawa PUKAT 12 hanya akan diadakan pada September 2022. Pembubaran MPP/ MPM selepas PUKAT 12 iaitu Disember 2022. Manakala Pemilihan MPP/ MPM akan diadakan pada Februari  2023 iaitu sebelum Paskah.

Uskup Cornelius juga menulis akan harapannya terhadap Tahun Santo Joseph yang dilancarkan pada 27 Disember 2020 hingga Disember 2021 agar setiap paroki dan Mission menggunakan kesempatan Tahun istimewa itu untuk membawa umat mengenal Santo Joseph dan sifat-sifatnya dalam menjalankan tanggungjawab khususnya dalam membangun keluarga,yang berbangga dengan identiti Kristianinya, komited dengan misinya dan yakin dengan destinasinya kerana Yesus adalah Jalan, Kebenaran dan Kehidupan (Yoh 14:6).

Total Comments:0

Name
Email
Comments