10,000 sebab untuk memuliakan Sang Pencipta

Lagu Kristian kontemporari terkenal, “10,000 Reasons (Bless the Lord) yang ditulis oleh Matt Redman, dan diterbitkan pertama kali pada tahun 2011 dinyanyikan oleh beberapa guru, pelajar, kakitangan dan rakanrakan Sekolah Persendirian St Joseph.

Aug 14, 2020

KUCHING: Lagu Kristian kontemporari terkenal, “10,000 Reasons (Bless the Lord) yang ditulis oleh Matt Redman, dan diterbitkan pertama kali pada tahun 2011 dinyanyikan oleh beberapa  guru, pelajar, kakitangan dan rakanrakan Sekolah Persendirian St Joseph.

Di bawah kendalian seorang guru sekolah tersebut, En. Benedict JC Lo, telah menghimpunkan mereka semasa PKPP untuk menyanyikan lagu cover tersebut.

Muzik disusun oleh pelajar Tingkatan 5 2020, Nathan Alan, vokal dan video diedit oleh En. Benedict JC Lo. Mereka yang menyertai dalam projek ini, sama ada dalam nyanyian atau bermain pelbagai muzik harus diberi pujian. Mereka bekerja keras untuk melaksanakan projek ini, khususnya En. Benedict Lo.

Penghargaan istimewa diberikan kepada En. Danison Chen yang bermain alat muzik tradisi Orang Ulu, Sape. Alunan muzik Sape telah mengindahkan lagi alunan pujian dan persembahan video lagu ini. Video ini telah diterbitkan pada Pesta Sto Ignatius Loyola, pengasas kongregasi Serikat Yesus dan Sekolah Menengah Persendirian St Joseph adalah di bawah kendalian para Yesuit.

Total Comments:0

Name
Email
Comments