144 calon baptis untuk Paroki Katedral St Francis Xavier, Keningau

Dalam perayaan Misa yang diadakan pada 1 Mac lalu, telah diadakan penerimaan calon baptis di Katedral St. Francis Xavier (KSFX) yang dipimpin oleh Uskup Cornelius Piong.

Apr 10, 2020

KENINGAU: Dalam perayaan Misa yang diadakan pada 1 Mac lalu, telah diadakan penerimaan calon baptis di Katedral St. Francis Xavier (KSFX) yang dipimpin oleh Uskup Cornelius Piong.

Paroki KSFX menerima 144 orang calon baptis yang akan dibaptis pada suatu tarikh yang diumumkan kemudian. Bapa Uskup berpesan supaya umat saling mengingatkan sesama mereka dalam keluarga, ataupun dalam komuniti di gereja. Sama seperti kita mengutamakan hidup kesatuan dalam Tuhan Yesus sebagai tanda sumber kehidupan sejati.

“Jangan sesekali kita lalai dengan godaan iblis, mengutamakan kesatuan Yesus setiap hari, ambil masa berdoa untuk mendengarkan, membaca Firman Tuhan. Melibatkan diri dengan kegiatan rohani bertujuan untuk membentuk iman kita menjadi matang, berdisiplin dan setia kepada kehendak Tuhan Yesus.

“Setialah dalam pelayanan kita untuk tujuan mendisiplinkan iman kita agar dapat membangun iman sesama di dalam kekeluargaan, kesatuan, kesetiaan dan kekudusan. Seterusnya, kita tidak jatuh di dalam godaan iblis,” ujar Prelatus itu dalam homilinya.

Pada 29 Februari 2020, telah diadakan rekoleksi khusus bagi calon baptis peringkat Paroki KSFX. Tujuan rekoleksi ini diadakan adalah untuk mempersiapkan dan membantu mereka mengimbas kembali apa yang telah mereka pelajari semasa dalam kelas bimbin gan. Rekoleksi ini diadakan di Dewan Solidariti Dataran Keuskupan Keningau.

Antara penceramah yang dijemput ialah Uskup Cornelius Piong dan Sdra. Johnny, Pembimbing Inisiasi Kristian Dewasa (IKD) pusat. Melalui rekoleksi ini peserta benarbenar telah dipersiapkan untuk dibaptis dan menjadi pengikut Yesus. Untuk terus mengasihi Yesus, peserta perlulah mengenali Yesus dengan membaca Firman Tuhan. Ini adalah sangat penting untuk menjalin relasi dengan Tuhan dan salah satu cara untuk melawan godaan setan. 

Selain itu, peserta didedahkan juga dengan penggunaan teknologi moden seperti telefon pintar sebagai satu saluran untuk mengenali dan menjalin relasi dengan Tuhan. Melalui telefon pintar, yang bukan sahaja digunakan sebagai alat perhubungan dan juga mengakses media sosial, tetapi juga untuk menggunakan media sosial dengan lebih baik lagi iaitu sebagai contoh mengakses audio Kopi Rohani, Fresh Juice dan aplikasi pembacaan harian yang lain.

Harapan diletakkan kepada para ketekumen agar selepas dibaptis nanti, mereka kem bali ke Gereja untuk menyertai mana-mana komuniti =untuk melayani dan tekun menghidupi hidup Kristian.

Melalui perkongsian beberapa peserta, mereka dapat belajar cara untuk saling menghormati, membantu antara sesama tidak mengira kaum bangsa dan agama. Mempelajari penggunaan media sosial dengan lebih baik lagi untuk penghasilan buah-buah yang baik. Selain itu, menjauhi godaan setan dengan berakar umbi dengan Kristus, melalui firman, sakramen dan aktiviti di gereja.--Elvin Emmulson

Total Comments:0

Name
Email
Comments