516 hadiri Seminar pelayan Gereja di Tenom

“Pelayan Bersifat Hamba dan Belas Kasihan”, demikianlah tema Seminar dan Rekoleksi Pelayan Gereja yang dianjurkan oleh Komiti Liturgi Paroki St Anthony Tenom pada 24-25 Jun yang lalu.

Sep 02, 2016

TENOM: “Pelayan Bersifat Hamba dan Belas Kasihan”, demikianlah tema Seminar dan Rekoleksi Pelayan Gereja yang dianjurkan oleh Komiti Liturgi Paroki St Anthony Tenom pada 24-25 Jun yang lalu.

Seramai 516 orang pelayan Gereja menghadiri seminar dan rekoleksi ini. Mereka terdiri daripada para pelayan Gereja di peringkat Paroki, KUK, KKD dan Komiti.

Menurut Sdra Primus Koh, Pengerusi Liturgi St Anthony, seminar tersebut tidak tertumpu kepada para lektor sahaja sebaliknya turut merangkumi semua bentuk pelayanan yang ada dalam Gereja.

Seminar dan rekoleksi ini dimulakan dengan Misa Kudus yang dipimpin oleh Rektor Paroki St Anthony, Fr David Mamat. Ini diikuti dengan makan malam dan sesi pertama yang dikendalikan oleh Fr. David sendiri.

Pada hari kedua, seminar dimulakan dengan doa oleh pengerusi belia, Sdri Audrey Tay sebelum memasuki sesi kedua yang disampaikan oleh Sdr John Lainsin dari Pusat Pastoral Keuskupan Keningau.

Dalam seminar ini, para peserta tidak hanya mendengar ceramah tetapi turut menyertai secara aktif dalam bengkel.

Pada akhir seminar, diadakan sesi soal jawab di mana penceramah banyak memberi maklumat terkini tentang situasi Gereja masa kini.

Semasa ucapan penutup seminar, Pengerusi Liturgi merangkap Pengerusi Penganjur, Sdra Simon Koh, mengucapkan terima kasih kepada Fr. David, Sdra John Liansin, Kerasulan Wanita Katolik Paroki serta Ahli Jawatankuasa Pelaksana atas kerjasama mereka untuk merealisasikan seminar ini.

Seminar ini diakhiri dengan doa yang dipimpin oleh Katekis Angline dari Komiti Katekis St Anthony Tenom.--KOMSOS, St Anthony Tenom

Total Comments:0

Name
Email
Comments