Ada apa pada nama?

Ada apa pada nama?

Oct 09, 2018

Seorang rakan saya suka berseloroh bahawa dia akan berpura-pura menjadi sangat ego dan ada kalanya secara berjenaka mengatakan, “Hidup ini sukar kerana saya harus berhadapan dengan keagungan diri saya. Kita tidak putus-putus bersemuka dengan keterbatasan diri! Kita tidak hentihenti berasa takut kerana kita tidak mempunyai kekayaan, tidak mempunyai nilai berkekalan atau mudah dilupakan.

Kita takut bahawa, suatu hari nanti, kita tidak lagi penting apatah lagi diingati.” Yesus memanggil perasaan ini sebagai kebimbangan. Dia sering mengingatkan kita agar tidak lemah terhadap ketakutan sedemikian. Sangat penting untuk kita menyedari bahawa, bagi Yesus, lawan bagi iman bukanlah keraguan atau ateisme, tetapi kebimbangan dan berasa tidak yakin atau tidak pasti. Lebih tepat lagi, ia adalah sejenis ketakutan.

Pada satu peringkat, Yesus menegaskan, “Kita terlalu bimbang mengenai keperluan fizikal kita, makanan, minuman, pakaian, dan tempat tinggal. Kita juga terlalu bimbang tentang bagaimana kita dipandang oleh orang lain, kita terlalu menjaga nama, mahu dihormati di dalam masyarakat.

Yesus mengingatkan kita agar kita mencontohi bunga-bunga di padang yang tidak bekerja atau menenun tetapi lebih indah daripada pakaian Raja Salomo.

“Yesus mengingatkan kita agar percaya kepada Tuhan. Dia juga memberikan banyak peringatan tentang hal pemberian agar ia dilakukan tanpa dicanangkan atau agar kita mendapat nama baik. Namun, kita semua tetap bimbang tentang perkara-perkara ini, tetapi ketakutan sebegini, tidak semestinya tidak sihat.

Alam semula jadi dan Tuhan telah mengatur kita untuk mempunyai naluri ini, tetapi Yesus mengajak kita agar melangkaui naluri itu. Atau lebih jelas lagi, Yesus mahu kita melangkaui kebimbangan terhadap keperluan fizikal dan mendapat nama baik, Dia mengehendaki agar kita tidak terlalu 'menenun' ketakutan itu.

Lagipun, kita selalu berasa takut kita tidak cukup rezeki. Kita takut bahawa pada akhirnya, kita menjadi seperti yang digambarkan oleh pengarang Pengkhutbah iaitu siasia, tertekan, menjadi sesuatu yang hanya tidak berguna, kosong lalu ditiup angin.

Itulah kebimbangan utama dan anda dapat lihat elemen ini pada binatang, di mana ia sering bertindak ganas dan sukar dikawal di dalam memperbanyakkan populasi mereka, ia merupakan bentuk alam keabadian. Kami juga mempunyai keinginan sama yang sukar dikawal (dan ada kalanya bertindak ganas) agar mendapat nama yang kekal dan tersebar.

Namun, sebenarnya, kita juga boleh melakukan pelbagai cara lain misalnya menanam pokok, melahirkan anak atau menulis buku. Pada asasnya, kita meninggalkan beberapa ‘tanda’ yang mendalam di bumi ini. Lakukan sesuatu yang menjamin anda dapat dikenang hingga bila-bila.

Pastikan anda tidak boleh dilupakan. Kami sentiasa bimbang tentang kekayaan, nama baik dan sentiasa mendorong diri kita agar memperoleh kedua-dua ini.

Namun, Yesus tidak pernah letih dan dengan lembut menegur bahawa kita tidak boleh melakukan ini untuk diri sendiri. Tidak ada kejayaan, tidak ada monumen, tidak ada kemasyhuran, tidak ada pokok, tidak ada anak dan tidak ada buku yang akan memberikan keabadian nama dan kekayaan berkekalan kepada kita. Hanya Tuhan yang dapat melakukannya.

Salah satu peringatan lemah lembut Yesus di dalam Injil ialah apabila muridmurid kembali dengan gembira kerana kejayaan misi serta berkongsi dengan-Nya tentang perkaraperkara indah yang telah dilakukan oleh mereka.

Yesus berkongsi perkaraperkara indah yang dilakukan oleh mereka tetapi, pada dasarnya, Dia mengingatkan mereka bahawa “Penghiburan sejati bukan terletak pada kejayaan ia adalah untuk Kerajaan Tuhan.” Penghiburan sebenar ialah mengetahui bahawa “nama ditulis di syurga”, bahawa Tuhan mengasihi kita dengan sepenuhnya, setiap individu.

Tuhan tidak akan menarik balik kasih sayang-Nya. Penghiburan sebenar terletak dengan mengiktiraf bahawa kita tidak perlu mencipta sesuatu demi mengekalkan nama baik kita di dunia ini. Tuhan telah melakukan ini untuk kita. Namun, oleh kerana kita berasa bimbang dan takut, kita cuba untuk melakukan sesuatu seperti yang dikatakan oleh Sto Paulus, “bermegah” iaitu cuba melakukan sesuatu agar dapat memberikan peninggalan abadi di bumi ini.

Seorang penulis kerohanian klasik Protestan, mengatakan, “kita tidak pernah berhenti “membenarkan diri sendiri” atau mencuba menulis nama kita di syurga melalui tindakan- tindakan kita yang cuba meninggalkan nama abadi di dunia ini.”

Bagaimana kita dapat melangkaui kebiasaan ini? Kepada siapa kita dapat pergi agar kebimbangan dan ketakutan ini dapat merentasi tekanan tidak tanpa henti di dalam batin kita yang mahu mewujudkan sejenis kekekalan untuk diri sendiri? Hanya cinta yang dapat membuang rasa takut kita.

Dan ketakutan terdalam kita hanya dapat disingkirkan melalui kedalaman cinta kasih. Untuk mengatasi kebimbangan dan keinginan memiliki kekayaan serta kemasyhuran berpanjangan, kita harus tahu mengasihi tanpa batasan. Cinta kasih tanpa syarat, sama ada ia datang dari Tuhan atau orang lain, memberikan kita kekayaan dan keabadian.

Gabriel Marcel pernah berkata bahawa untuk mengasihi orang lain adalah seperti mengatakan kepada orang itu, “Anda tidak akan mati!” Namun, cinta tanpa syarat iaitu sebuah keabadian, tidak mudah ditemui. Tuhan mengasihi kita tanpa batasan namun pada kebanyakan masa, kita terlalu terluka, terbeban (secara emosi, psikologi, dan moral) untuk menyedari serta menerima kasih- Nya.

Ringkasnya, sukar untuk kita percaya bahawa Tuhan mengasihi kita apabila semua orang juga sukar percaya cinta kasih Tuhan yang mendalam dan kita bergelut untuk mengasihi diri sendiri. Tidak hairanlah kita lazimnya cemas dan tidak henti-henti mencuba beberapa perkara agar mendapat kasih melalui beberapa cara yang menonjol atau menunjuknunjuk. Jadi apakah penyembuhnya?

Apa yang akan menyembuhkan kebimbangan dan ketakutan kita ialah penyerahan kepada cinta kasih iaitu dengan orang-orang yang kita kasihi di dunia ini dan Tuhan. Namun, penyerahan itu juga mempunyai risiko yang mendalam? Apa risiko-risiko tersebut? — Fr Ron Rolheiser @ Hakcipta Terpelihara 1999-2018

Total Comments:0

Name
Email
Comments