Aktivis iklim remaja tolak anugerah alam sektar

Aktivis iklim remaja, Greta Thunberg, yang telah memberi inspirasi kepada berjuta-juta orang di seluruh dunia untuk memulakan batahan serta mendesak para pemimpin untuk menangani masalah pemanasan global dengan lebih baik, telah menolak hadiah alam sekitar, katanya, “perjuangan iklim tidak memerlukan sebarang hadiah lagi. ”

Nov 10, 2019

COPENHAGE: Aktivis iklim remaja, Greta Thunberg, yang telah memberi inspirasi kepada berjuta-juta orang di seluruh dunia untuk memulakan batahan serta mendesak para pemimpin untuk menangani masalah pemanasan global dengan lebih baik, telah menolak hadiah alam sekitar, katanya, “perjuangan iklim tidak memerlukan sebarang hadiah lagi. ”

Dua orang teman aktivis iklim beliau mengatakan demikian yang mewakili Grea pada majlis anugerah pada 30 Okt di Stockholm sempena agugerah Majlis Perbandaran antara Parlimen serantau. Dalam satu kenyataan yang  dibacakan, Greta  mengucapkan terima kasih kepada kumpulan itu untuk penghormatan itu. Greta, 16, kini berada di California.

Wakil Greta, Sofia dan Isabella Axelsson menyampaikan kata-kata Greta bahawa  "apa yang kita perlukansekarang ini ialah pemimpin dan  ahli politik kita untuk mendengar penyelidikan." Majlis Nordic menyampaikan hadiah tahunan untuk sastera, kesusasteraan belia, filem, muzik dan alam sekitar, masing-masing bernilai 350,000 Kroner Denmark ($ 52,000).

Ini bukanlah anugerah pertama yang dimenangi Greta atau dicalonkan.  Tiga ahli parlimen Norwegia yang mencalonkan Greta untuk Hadiah Nobel Keamanan tahun ini percaya “perjuangan besar-besaran Greta telah mencetuskan usul dan memberi sumbangan perdamaian yang sangat penting.”

Tahun lepas, kira-kira tiga bulan dalam kempen iklim  mogok sekolah, Greta menolak anugerah Hadiah Iklim Kanak-kanak, yang dianugerahkan oleh sebuah syarikat elektrik Sweden kerana kebanyakan peserta akhir terpaksa terbang ke Stockholm untuk upacara tersebut.

Greta menyatakan bahawa penerbangan menyumbang kepada pemanasan global, maka beliau belayar merentasi Lautan Atlantik selama dua minggu untuk tiba di New York. Di New York, gadis Sweden menyuarakan kemarahan kepada persidangan iklim U.N pada bulan September, berulang kali bertanya, “Beraninya kamu?” — Matters India

Total Comments:0

Name
Email
Comments