Amoris Laetitia tolak sikap perkecilkan peranan kaum awam

Paus Fransiskus meminta Gereja Katolik agar tidak melihat keluarga sebagai sejenis bengkel atau makmal untuk menguji pelbagai strategi pastoral sebaliknya melihat keluarga sebagai "tempat khusus" di mana Tuhan tinggal dan bekerja di dunia, demikian kata Kardinal Blase Cupich pada 5 Oktober.

Oct 13, 2017

BOSTON: Paus Fransiskus meminta Gereja Katolik agar tidak melihat keluarga sebagai sejenis bengkel atau makmal untuk menguji pelbagai strategi pastoral sebaliknya melihat keluarga sebagai "tempat khusus" di mana Tuhan tinggal dan bekerja di dunia, demikian kata Kardinal Blase Cupich pada 5 Oktober.

Buat julung kalinya, para Uskup dan ahli-ahli teologi Amerika Syarikat bersidang untuk melihat bagaimana menerapkan Amoris Laetitia dalam kehidupan keluarga.

Amoris Laetitia atau Sukacita Cinta merupakan ekshortasi kepausan Paus Fransiskus pada tahun 2016 yang menyeru bahawa Tuhan telah memilih untuk mendedahkan hakikat keilahian dalam kehidupan keluarga.

“Ini sangat benar. Jika anda melihat bab permulaan Kejadian hinggalah pada bab terakhir iaitu Kitab Wahyu, konteksnya ialah selalu mengenai keluarga dan orang-orang yang bersatu, membentuk sebagai sebuah keluarga,” ujar Kardinal Cupich.

Kata prelatus itu lagi, “Inilah ruang khusus yang telah dipilih oleh Tuhan agar kita dapat datang kepada-Nya dan mengenal-Nya.”

“Ia juga bukan mengenai menjadikan keluarga sebagai makmal ujian dalam kita melakukan pastoral atau teologi, sebaliknya, ia adalah ruang istimewa di mana kita sangat bertuah menjadi salah satu daripadanya ... di mana kita dapat melihat di mana Tuhan itu aktif, di mana Tuhan itu hidup dan Tuhan sedang melakukan sesuatu yang baru.”

Kardinal Cupich juga merupakan salah seorang penganjur persidangan yang dilaksanakan di Kolej Boston bersama Fr James Keenan SJ, seorang ahli teologi di universiti tersebut. Persidangan selama dua hari itu dihadiri 12 orang Uskup dan 24 orang tetamu, membincangkan momentum baru Sukacita Cinta, yang memberikan peluang kepada para uskup tempatan untuk memperbaharui praktik pastoral mereka dalam keluarga.

Pada hari pertama, mereka membincangkan bagaimana ekshortasi apostolik diterima dalam pelbagai komuniti di Amerika Syarikat dan bagaimana paderi serta seminarian dalam pembentukan, memahami ajaran itu.

Perbincangan itu juga menumpukan betapa Sukacita Cinta menekankan keupayaan keluarga dalam memperdalamkan kerasulan serta membimbing dalam membuat keputusan apa yang terbaik dalam hidup mereka.

Natalia Imperatori-Lee seorang ahli teologi di Kolej Manhattan mengatakan penerimaan orangorang Latin terhadap Sukacita Cinta tidak boleh difahami di luar konsep warisan sejarah sistem koloni dalam Amerka.

Beliau menjelaskan bahawa panggilan Fransiskus untuk menghormati keputusan umat awam menyebabkan orang-orang Latin melihat Sri Paus sebagai menolak memperkecilkan kebolehan umat awam dan keluarga yang dilihat tidak penting dalam sejarah koloni.

“Pada zaman koloni, orang awam dianggap tidak penting, kaum klerus menguasai segalagalanya, kaum awam hanya diminta untuk berdoa dan taat, sehinggalah pada tahun 1906, Paus Pius X telah menyatakan dalam ensikliknya “Vehementer Nos” bahawa orang awam berhak untuk dipimpin dan menerima bimbingan,” ujar Natalia.

Natalia juga menyatakan bahawa dalam ekshortasi apostolik, Sukacita Cinta, Paus Fransiskus juga menyeru para Paderi untuk menghormati keputusan kaum awam, bahawa “kita dipanggil untuk membentuk hati nurani, bukan untuk menggantikannya,” demikian pesan Sri Paus dalam dokumennya.

Ini sangat dihargai oleh orangorang Latin kerana “Menggantikan hati nurani adalah aksi mendominasi, sebuah bentuk penjajahan atau pengkolonian. Ia merupakan penyalahgunaan kuasa. Sedangkan pembentukan hati nurani, merupakan pelayanan yang memberikan kehidupan.”

C. Vanessa White, seorang ahli teologi di Kesatuan Teologikal Katolik, menumpukan bagaimana umat Katolik berkulit hitam memahami dokumen Sukacita Cinta Sri Paus Fransiskus.

Untuk mempersiapkan laporannya, Vanessa terlebih dahulu telah mendapatkan maklumat daripada ahli teologi dan pemimpin awam berkulit hitam bagaimana dokumen itu memberi impak pada Paroki mereka. “Sedih untuk saya katakan di sini, ramai di antara mereka, dokumen ini memberi impak yang kecil. Ini disebabkan ada beberapa keluarga yang bergelut dengan pengangguran, penceraian dan ibu bapa tunggal.”

Walau pun begitu, Vanessa menerangkan bahawa ketika Sukacita Cinta diterbitkan, secara keseluruhan ia adalah dokumen yang banyak dibaca dan dibincangkan.

Menurut Vanessa, dalam memperkatakan Sukacita Cinta, “Saya lebih suka membincangkannya sebagai sebuah dokumen, sebuah percubaan untuk menjadikannya sebuah panduan yang menyediakan apa yang diperlukan oleh keluarga.

Vanessa merumuskan bahawa Sukacita Cinta harus dalam dialog dengan kehidupan dan konteks orang ramai. Kepimpinan Gereja harus belajar dan terus berusaha untuk memahami konteks orangorang berkulit hitam.”--Joshua J. McElwee, NCR

Total Comments:0

Name
Email
Comments