Apa itu ketakutan yang sihat?

Sebagai seorang ahli teologi, Paderi dan pengkhutbah, saya sering ditanya, "Mengapa Gereja tidak lagi mewartakan agar umat takut kepada Tuhan? Mengapa kita tidak lagi berkhutbah tentang bahaya-bahaya yang boleh membawa umat ke neraka? Mengapa kita tidak berkhutbah lebih tentang amarah Tuhan dan api neraka?"

Oct 13, 2017

Sebagai seorang ahli teologi, Paderi dan pengkhutbah, saya sering ditanya, "Mengapa Gereja tidak lagi mewartakan agar umat takut kepada Tuhan? Mengapa kita tidak lagi berkhutbah tentang bahaya-bahaya yang boleh membawa umat ke neraka? Mengapa kita tidak berkhutbah lebih tentang amarah Tuhan dan api neraka?"

Bukan sukar untuk menjawab soalan ini. Kita tidak berkhutbah banyak tentang perkara yang menakut-nakutkan kecuali kita benar-benar teliti akan pesan kita, ia adalah salah.

Memang diakui bahawa dengan menakut-nakutkan, dapat mengubah sikap seseorang, tetapi ia juga boleh mencetuskan penghinaan dan kewarakan melampau. Hanya kerana terdapat sebuah kaedah yang berkesan, tidak bermakna, ia cara yang betul. Takut akan Tuhan hanya boleh diwartakan dalam konteks cinta kasih.

Kitab Suci juga memberikan kita pelbagai pesan: Pada suatu bab, ia memberitahu kita bahawa, “takut akan Tuhan adalah permulaan kebijaksanaan”, tetapi ia juga menyatakan kepada kita bahawa dalam sejarah manusia, setiap kali Tuhan menampakkan diri di hadapan umat-Nya, kata pertama daripada Tuhan ialah, “Jangan Takut!”

Kata-kata itu dilafazkan sendiri daripada mulut Tuhan atau daripada utusan-utusan Tuhan, dapat dibaca lebih 300 kali dalam Kitab Suci. Kata pertama yang kita dengar setiap kali Tuhan muncul dalam hidup kita ialah “Jangan takut!”

Maka kita selalu harus berhatihati apabila kita mewartakan untuk takut kepada Tuhan. Takut terhadap hukuman Tuhan bukanlah pesan sebenar apabila Tuhan mahu memasuki hidup kita.

Jadi bagaimana takut kepada Tuhan itu merupakan permulaan kebijaksanaan? Dalam hubungan kita dengan Tuhan, sama seperti hubungan kita dengan orang lain, terdapat ketakutan yang sihat dan ketakutan yang tidak baik. Apakah itu ketakutan yang baik?

Ketakutan yang baik ialah ketakutan yang berasaskan kasih sayang: Apabila kita mengasihi seseorang, kasih kita akan mengandungi beberapa elemen ketakutan baik, beberapa aspek yang memerlukan kita untuk berhati-hati dan teliti.

Kita akan takut untuk melukai, tidak bersikap sopan, takut merosakkan hubungan, takut menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri dan takut memperkecilkecilkan.

Semua ketakutan yang sihat adalah ketakutan yang takut menyebabkan seseorang itu terkongkong. Mengagungkan, mengkagumi dan menyanjungi adalah bentuk-bentuk ketakutan. Tetapi ketakutan seperti itu harus tidak dipandang sebagai gerun atau cemas seperti menunggu hukuman.

Sebagai perumpamaan, ketakutan cinta ialah ketakutan seperti Tuhan menegaskan kepada Musa sebelum belukar terbakar, “Bukalah kasut mu kerana engkau berdiri di tanah suci!”

Bagaimana kita dapat memahami ketakutan Tuhan sebagai permulaan kebijaksanaan? Kita bijak apabila berada di jalan yang betul sebelum misteri Tuhan dengan membuka kasut kita, iaitu dengan penuh hormat, dengan kagum, dengan memuliakan, dengan merendahkan diri, dengan mengakui kelemahan diri kita di hadapan Maha Agung, dengan membuka diri kita dan membenarkan misteri hebat itu membentuk kita untuk tujuan ilahi-Nya.

Tetapi ketakutan yang tidak sihat ialah amat berbeza daripada ini. Ia adalah ketakutan apabila kita berhadapan dengan sesuatu yang mengancam, oleh seseorang atau sesebuah perkara, takut kerana orang itu berwenang atau tidak dapat mengampuni kita.

Terdapat juga ketakutan yang sihat terhadap Tuhan yang dirasakan atau kita risau, ia melanggar apa yang baik, benar, dan cantik di dunia ini.

Sesetengah agama menyebut ketakutan ini sebagai “hukum karma”. Yesus,mengajak kita untuk takut dalam Tuhan secara sihat di mana Dia memberi peringatan kepada kita bahawa ukuran yang kita pakai pada orang lain akan digunakan kembali kepada kita.

Peringatan Yesus ini mengandungi struktur moral yang wujud dalam alam semesta, dalam kehidupan, dan dalam setiap kita. Semuanya mempunyai kontur moral yang perlu dihormati. Adalah biasa untuk berasa t akut jika kita telah melanggar apa-apa kebaikan, kebenaran, atau kecantikan.

Kita perlu mewartakan ketakutan sihat seperti ini daripada mewartakan bahawa Tuhan perlu ditakuti, atau menakut-nakutkan mengatakan Tuhan akan menghukum atas kesalahan-kesalahan yang kita lakukan.

Apabila kita mewartakan atau menyebar ketakutan yang tidak sihat ini, bahawa Tuhan akan menghumban kita ke neraka, bermakna kita sebenarnya mewartakan bahawa Tuhan tidak bijak, Tuhan tidak berbelas kasih, Tuhan tidak memahami dan Tuhan tidak mahu mengampuni kita.

Tuhan yang ditakuti kerana hukuman-Nya ialah Tuhan yang tidak akan dikasihi atau dianggap jauh daripada umat. Menakutnakutkan atau mengancam bukanlah kasih sayang, cinta ialah ketakutan kudus, yang takut untuk merosakkan hubungan yang selama ini baik serta akrab.

Menakut-nakutkan tentang pembalasan di neraka memang berkesan, boleh menjadi taktik untuk mengubah sikap seseorang tetapi ia bertentangan dengan apa yang diajar di dalam Injil.

Ketakutan itu adalah sebuah kurnia. Ia juga merupakan salah satu naluri terdalam yang mengekalkan kehidupan serta hati nurani kita. Tanpa ketakutan, kita tidak akan dapat hidup lebih lama. Tetapi ketakutan adalah rumit, mempunyai pelbagai fenomena.

Beberapa ketakutan membantu anda untuk terus hidup, tetapi ada ketakutan yang menyebabkan anda terkongkong, memburukkan keadaan dan memudaratkan diri anda. Ada beberapa perkara dalam hidup ini yang perlu ditakuti. Misalnya si pembuli atau pembunuh. Ada banyak yang boleh mengancam dan membunuh anda, dan ketakutan terhadap perkaraperkara ini adalah biasa.

Tetapi Tuhan bukanlah pembunuh atau pembuli yang perlu anda takuti. Tuhan adalah Kasih dan sentiasa menjemput kita untuk masuk dan tinggal dalam keakraban- Nya. Banyak perkara yang kita takuti tetapi semua perkara tersebut, seharusnya tidak menghalang atau menyebabkan kita takut untuk mendekati Tuhan.--Hakcipta Terpelihara 1999-2017 @ Fr Ron Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments