Bagaimana Katolik mengubah nasib wanita Cameroon?

Di Cameroon, secara tradisinya mempercayai bahawa wanita tidak bernilai dan berkedudukan rendah daripada lelaki.

Sep 30, 2016

VATIKAN: Di Cameroon, secara tradisinya mempercayai bahawa wanita tidak bernilai dan berkedudukan rendah daripada lelaki.

Namun syukur kerana kerasulan umat awam Katolik yang melayani di situ. “Sebelum saya menyertai Focolare Movement, para wanita tidak mempunyai hak bersuara. Tetapi persatuan ini telah mengajar kami banyak perkara,” kata Nicasious Nguazon, seorang ‘Fon’ atau mirip ‘raja’ di kerajaan Nwangong, Cameroon.

Fon Nicasius dan lebih kurang 40 penziarah termasuk ketua-ketua komuniti di selatan Camerron, berada di Roma bagi meraikan perayaan ulang tahun ke-50 kedatangan Focolare Movement kepadan orang-orang Bangwa. Mereka juga menghadiri Audiensi Sri Paus bersama Umat Umum dan bertemu dengan Paus Fransiskius pada 21 September.

Mafue Christina Fontem, di mana peranannya sama seperti seorang pemaisuri, memberi kesaksian dalam sebuah sidang akhbar bahawa ayahnya, selepas bertemu dengan pengasas Focolare Movement, iaitu Chiara Lubih, yang memperjuangkan pendidikan bagi para wanita.

Disebabkan oleh Chiara, ramai wanita yang pergi ke sekolah dan sehingga kini, para wanita yang berpendidikan itu, mempunyai cucu perempuan yang belajar hingga ke luar negara.

Focolore Movement diasaskan oleh seorang umat awam Katolik, Chiara Lubich pada tahun 1943. Semasa Perang Dunia ke II, ia dimulakan sebagai sarana rohani dan pembaharuan sosial.

Sebelum ini, tradisi kami mengatakan, wanita tidak ada gunanya. Tetapi kini, setelah kedatangan Chiara, wanita mendapat hak mereka, kata Mafue Christina. Dengan berpegang kepada doa Yesus dalam Yohanes 17:21, persatuan itu kini wujud di seluruh dunia dan bermatlamat mewujudkan kesatuan dengan dialog dan hubungan di antara individu, orang ramai dan budaya.

“Sebelum kedatangan Focolore Movement, wanita dinafikan hak untuk pendidikan dan tempat mereka hanyalah di dapur. Tetapi, disebabkan oleh pergerakan Katolik itu, kini, lelaki dan wanita berkongsi tugas di dapur dan pelbagai bidang. Ini semuanya rahmat dari ajaran Focolare Movement untuk mengasihi sesama sama seperti Yesus mengasihi kita semua,” kata Fon Nicasius.--CNA

Total Comments:0

Name
Email
Comments