Balu, anak yatim, orang asing — golongan yang selalu kita lupa

Balu, anak yatim, orang asing — golongan yang selalu kita lupa

Nov 30, 2018

“Balu, anak-anak yatim dan orang tidak dikenali," itulah kod yang terkandung dalam kitab suci sebagai tiga kumpulan paling lemah dalam masyarakat dari dahulu hinggalah sekarang.

Baik nabi-nabi hebat Yahudi dan Yesus sendiri, mereka menegaskan bahawa kita akan dihakimi melalui cara kita melayani golongan lemah ini semasa di dunia.

Sangat menarik untuk meneliti setiap kitab di dalam kitab suci. Dengan bertanya soalan: Dalam kitab ini, bagi anda, apa yang penting dalam agama bagi pengarang kitab ini? Jawapannya, anda akan mendapat pelbagai. Sebagai contoh, jika anda bertanya soalan ini kepada pengarang kitab Keluaran, Ulangan atau Bilangan, mereka akan menjawab bahawa pusat iman adalah amalan agama, taat atau menuruti 10 perintah Tuhan dan patuh kepada peraturan-peraturan amalan agama pada masa itu.

Namun, nabi-nabi besar (Yesaya, Yeremia,Yehezkiel dan Yoel) telah mengajar sesuatu yang lain. Bagi mereka, agama sejati tidak diadili berdasarkan praktik agama kita yang warak: ia dinilai lebih tepat melalui bagaimana seseorang itu melayani orang miskin.

Bagi nabi-nabi besar itu, kualiti iman seseorang akan dihakimi melalui kualiti keadilan di tempat mereka; dan kualiti keadilan di dunia ini selalu dihakimi berdasarkan layanan kepada ara balu, anak-anak yatim dan orang asing, semasa anda hidup. Bagi para nabi besar, amalan keadilan adalah lebih penting atau keutamaan daripada hal ehwal agama dan ketaatan melakukan praktik agama.

Kita melihat banyak ucapan dan peringatan oleh nabi-nabi yang memberi amaran kepada kita bahawa apa yang Tuhan kehendaki daripada kita bukanlah korban di atas mezbah sebaliknya keadilan untuk orang miskin, bukan melafazkan doa-doa yang sudah diajar sebaliknya keadilan bagi para balu, dan bukan meraikan atau memberikan penghormatan tertinggi semasa perayaan agama sebaliknya mengalu-alukan dan bersikap ramah kepada orang asing.

Perlu diingatkan, tentu saja, bahawa, selepas para nabi, kita mempunyai tokoh-tokoh bijaksana yang hebat dalam sejarah Yahudi. Bagi mereka, intipati agama bukanlah amalan agama yang setia atau pelayanan sederhana kepada orang miskin, tetapi mempunyai hati yang bijaksana dan penuh belas kasihan, yang mana anda akan setia melakukan praktik agama sambil menjangkau orang miskin.

Inilah tradisi yang Yesus mewarisi. Bagaimana Dia melakukannya? Apa yang dia lakukan dengannya? Dia menerangkan ketiga-tiganya. Bagi Yesus, mempraktikkan agama dengan betul ialah mengambil perhatian akan semua ini: amalan keagamaan yang setia, menjangkau orang miskin, dan hati yang bijak dan penuh belas kasihan.

Bagi Yesus, anda tidak boleh memilih atau hanya mahu melakukan salah satu di antaranya. Dia memberitahu kita dengan jelas: "Jika kamu mengasihi Aku, kamu akan mematuhi perintah-perintah- Ku" (Yohanes 14); tetapi dia juga memberitahu kita bahawa pada akhirnya kita akan dinilai berdasarkan bagaimana kita memperlakukan orang miskin (Matius 25); begitu juga Dia memberitahu kita bahawa apa yang Tuhan inginkan daripada kita adalah hati yang bijak dan penuh belas kasihan. (Lukas 6 & 15)

Bagi Yesus, kita adalah murid yang sejati apabila kita mempunyai hati yang penuh belas kasihan di mana kita mematuhi perintah-perintah Tuhan, dengan rendah hati menyembah Tuhan kita, tetapi menjangkau golongan yang paling lemah dalam masyarakat kita merupakan keutamaan dalam agama kita.

Malah, pada amaran terakhir ini, amaran Yesus jauh lebih kuat daripada para nabi Yahudi yang hebat. Para nabi menegaskan bahawa Tuhan menolong orang miskin; Yesus menegaskan bahawa Tuhan hadir di dalam golongan miskin (“apa yang kamu lakukan kepada orang yang paling hina itu, kamu telah melakukan-Nya untuk Ku”) Bagaimana kita memperlakukan orang miskin adalah bagaimana kita memperlakukan Tuhan.

Lebih-lebih lagi (dan saya ragu sama ada kita pernah mengambil ini dengan serius) Yesus memberitahu kita bahawa, pada penghakiman terakhir, kita akan dihakimi untuk ke syurga atau ke neraka berdasarkan bagaimana kita melayani golongan miskin, terutamanya bagaimana sikap kita terhadap yang paling lemah di kalangan masyarakat (“balu, anak yatim, dan orang asing”).

Dalam Matius 25, Dia memberikan kriteria bagaimana kita akan dihakimi, untuk syurga atau neraka. Perhatikan bahawa dalam kriteria tertentu tidak terdapat sebarang pertanyaan mengenai sama ada kita taat melakukan perintah-perintah, mengenai sama ada kita pergi ke gereja atau tidak, atau sama ada kehidupan seksual kita teratur.

Di sini kita akan dihakimi berdasarkan bagaimana kita melayani orang miskin. Ini boleh menjadi agak menakutkan dan mengelirukan untuk mengutamakan nilai-nilai ini, bahawa kita akan pergi ke syurga atau neraka sematamata berdasarkan bagaimana kita melayani orang miskin.

Saya menekankan hal ini pada kali ini kerana begitu ramai daripada kita, begitu ikhlas, taat menghadiri Misa, tetapi ramai juga penganut Kristian di antara kita yang kelihatan tidak peduli kepada "balu, anak yatim dan orang asing" di sekeliling kita. Siapakah kumpulan yang paling lemah di dunia kita hari ini? Siapa pada hari, sebagaimana Gustavo Gutierrez mendefinisikan golongan miskin, tidak mempunyai hak untuk memiliki hak?

Biarlah saya mengambil risiko untuk menyatakan dengan jelas:Dalam golongan "balu, anak yatim dan orang asing" di dunia kita hari ini termasuklah bayi yang belum lahir, pelarian, dan pendatang. Mujurlah, orang Kristian yang paling tulus tidak buta terhadap nasib orang yang belum lahir. Tetapi, sedihnya, terlalu ramai daripada kita buta terhadap nasib berjuta- juta pelarian yang mencari seseorang untuk menerima mereka. Setiap laporan berita yang kita tonton, menyatakan tidak ramai orang ramai yang mengalu-alukan orang asing

Kita begitu cepat melupakan peringatan Tuhan: “Kamu harus menunjukkan kasihmu kepada orang asing, sebab kamu pun dahulu adalah orang asing...” (Ulangan 10:8-19). — Hakcipta Terpelihara 1999-2018 @ Fr Ron Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments