Bangun persaudaraan sejati melalui Gathering

Pada Hari Minggu Biasa ke-17, 29 Julai, Tim Pelayanan Belia Chapel St. Hillary Timbang Kota Belud (TPBC) dengan kerjasama Roman Catholic Youth Association (RCYA) telah, mengadakan sebuah program “Gathering".

Aug 10, 2018

KOTA BELUD: Pada Hari Minggu Biasa ke-17, 29 Julai, Tim Pelayanan Belia Chapel St. Hillary Timbang Kota Belud (TPBC) dengan kerjasama Roman Catholic Youth Association (RCYA) telah, mengadakan sebuah program “Gathering".

Program ini merupakan aktiviti yang julung kalinya dilaksanakan oleh ahli Tim Pelayanan Belia Chapel St Hillary yang baru sahaja dibentuk pada 24 Jun 2018 yang lepas.

Terdapat beberapa aktiviti yang membina jalinan persahabatan dan kesatuan berjaya dilaksanakan sepanjang program yang berdurasi empat jam 30 minit itu. Antaranya ialah, “ice breaking", lakonan pendek berdasarkan peristiwa di dalam Alkitab, kuiz Alkitab, makan bersama dan diakhiri dengan sesi bergambar bersama.

Selain itu, para peserta juga mendengar perkongsian daripada beberapa orang belia tentang pengalaman mereka menyertai “Gathering”. Ada yang men yatakan gathering tersebut adalah bertepatan dengan objektifnya iaitu membangun persaudaraan sejati.

Program yang disertai oleh 72 orang belia itu menyaksikan hubungan persahabatan di antara belia kampung Timbang dan RCYA semakin erat.

Tim Pelayanan Belia sudah pasti akan menganjurkan program sedemikian demi mempromosi kesatuan antara sesama sebagai umat Kristus. -- Barbara Eve Gilingan

Total Comments:0

Name
Email
Comments