Banjir, AOHD bertindak segera beri bantuan

AOHD berterima kasih kepada semua koordinator PIHD dan umat paroki di bawah naungan Keuskupan Agung Kuala Lumpur kerana telah memberi sokongan dan bantuan segera untuk mangsa banjir di kawasan Pantai Timur.

Jan 30, 2021

KUALA LUMPUR: AOHD berterima kasih kepada semua koordinator PIHD dan umat paroki di bawah naungan Keuskupan Agung Kuala Lumpur kerana telah memberi sokongan dan bantuan segera untuk mangsa banjir di kawasan Pantai Timur.

Makanan dan sumbangan wang tunai diterima dari Gereja Kristus Cahaya, Gereja Jesus Caritas, Gereja-gereja di kawasan Petaling Jaya, Gereja Holy Family, Gereja Visitation, Gereja  St Theresa, Gereja Divine Mercy, Kristus Aman, perkumpulan-perkumpulan SSVP dan Liga Wanita Katolik. AOHD juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua umat dan kumpulan individu yang telah memberikan sumbangan yang besar.

Di lokasi banjir juga terdapat sukarelawan dari Gereja Good Shepherd, Holy Family dan St Joseph yang membantu pembungkusan dan mereka juga turut berada di jalan raya di Pahang dan Terengganu, bagi mengedarkan bungkusan makanan.

Mnurut AOHD, mereka dapat menghantar bantuan-bantuan tersebut pada 10 dan 11 Jan, iaitu sebelum PKP.  220 bungkusan barangan runcit  bersama beras dan air dihantar ke Mentakab.

Pada 12 Jan, 355 bungkusan bantuan dihantar ke Rompin dan kawasan sekitarnya.

12 Jan, baki barangan runcit dari gereja-gereja  dihantar ke Rompin dengan menggunakan lori. Tidak ada masa untuk membungkusnya kerana menjelang PKP. Salah sebuah lori  bergerak ke Nilai dan Seremban untuk mengambil lebih banyak barang runcit.

Di Kuantan, pada 11 Jan, 200 bungkusan dihantar kepada mangsa banjir. Keesokan harinya, 450 bungkusan dihantar ke OA dan kampungkampung lain. 11 Jan 200 bungkusan dihantar di kawasan banjir. Pada 12 Jan, 450 bungkusan dihantar ke OA dan kampung-kampung lain.

50 bungkusan lagi telah dihantar kepada Fr Stan untuk mangsa banjir di Kemaman.

Barangan runcit yang belum dibungkus telah dibungkus dan diedarkan kepada 525 keluarga lain, di pelbagai kampung di Pekan, Chini, daerah Muadzam dll.

Sukarelawan AOHD berhentihenti bekerja sejak minggu lalu. Mereka juga bekerjasama dengan  kumpulan Buddha dan evangelis lain dengan Orang Asli untuk menghulurkan bantuan.

Bungkusan-bungkusan bantuan itu merupakan barangan makanan bernilai lebih kurang RM120.

Total Comments:0

Name
Email
Comments