Bantu kurangi beban rakan-rakan yang susah

Pada Mac 3 lalu, satu sesi renungan musim Pra-Paskah dijalankan di Paroki St Dominic, Lahad Datu. Paroki St Dominic merupakan destinasi pertama menerima sesi ini daripada Sr Maria Dipal RGS,Pengerusi Komisi Pembangunan Insan Keuskupan (KPIK), Sandakan.

Mar 28, 2014

LAHAD DATU: Pada Mac 3 lalu, satu sesi renungan musim Pra-Paskah dijalankan di Paroki St Dominic, Lahad Datu. Paroki St Dominic merupakan destinasi pertama menerima sesi ini daripada Sr Maria Dipal RGS,Pengerusi Komisi Pembangunan Insan Keuskupan (KPIK), Sandakan.

Sesi ini bertujuan menyahut Kempen Pra- Paskah 2014 yang dimulai dengan Hari Rabu Abu pada Mac 5.

Sesi renungan Pra- Paskah ini berlangsung selama dua berturut-turut iaitu pada Mac 3-4 yang bertempat di KKD Kg. Jawa II dan Dewan Gereja St. Dominic, Lahad Datu.

Lebih kurang 100 orang umat yang terdiri dari semua peringkat umur telah menghadiri sesi renungan tersebut.

Musim Pra-Paskah adalah satu tempoh bagi umat Katolik membuat persiapan sebelum menyambut Hari Kebangkitan Yesus Kristus pada Hari Paskah.

Selama tempoh ini, para umat diseru untuk tekun berpantang dan berpuasa, berdoa serta beramal kasih atau bersedekah.

Dalam sesi renungannya, Sr Maria menumpukan pesan Pra-Paskah Paus Fransiskus yang bertema “"Ia, yang oleh kerana kamu menjadi miskin sekalipun Dia kaya, supaya kamu menjadi kaya” (2 Kor 8:9). Pesanan Bapa Suci itu mengajak umat untuk menghayati semangat kemiskinan serta prihatin kepada mereka yang miskin, memerlukan bantuan serta yang terpinggir.

Bapa Suci berpesan bahawa, “Dalam mengikuti tauladan Guru kita, kita dipanggil untuk menghadapi kemiskinan saudarasaudari kita, menyentuhnya, menjadikannya milik kita sendiri dan untuk mengambil langkah-langkah praktis bagi mengurangi penderitaan mereka.”

Semasa sesi ini juga, beberapa panduan aktiviti Pra-Paskah termasuk mempromosi sampul “Lenten Appeal” agar umat lebih berdoa serta bermurah hati sepanjang musim Pra- Paskah.

Sumbangan mereka dalam bentuk wang pula akan disalurkan ke tabung Paroki bagi membantu para insan yang memerlukan seperti golongan miskin, sakit atau mangsa bencana alam Selepas memberikan sesi di Paroki Lahad Datu, Sr Maria berada di Paroki St Martin, Telupid pada Mac 7-9 bagi meneruskan Kempen Pra-Paskah 2014. -- Joan Grace Paul

Total Comments:0

Name
Email
Comments