Bapa Suci belanja 15,000 ais krim kepada tahanan di Roma

Sri Paus Fransiskus mengirim 15,000 ais krim kepada tahanan di Roma ketika Kota Abadi itu mengalami cuaca terik di musim panas, lapor Takhta Suci pada 7 September.

Sep 11, 2021


KOTA VATIKAN:
Sri Paus Fransiskus mengirim 15,000 ais krim kepada tahanan di Roma ketika Kota Abadi itu mengalami cuaca terik di musim panas, lapor Takhta Suci pada 7 September.

Ais krim dibawa ke penjara Regina Coeli dan Rebibbia oleh almoner kepausan, Kardinal Konrad Krajewski, demikian laporan Pejabat Amal Kepausan dalam siaran akhbar 7 September.

Jabatan Vatikan yang melaksanakan karya amal atas nama Bapa Suci mengatakan bahawa pada musim panas ini, ia berusaha “melakukan penginjilan kecil untuk membantu dan memberi harapan kepada ribuan orang di penjara Rom.”

Jabatan itu menjelaskan bahawa ia menumpukan pada karya-karya amal belas kasihan pada musim panas, ketika kantin dan badan amal di Roma terpaksa membatasi kegiatan mereka.

“Oleh itu, seperti tahun-tahun lalu, sekumpulan kecil orang tidak berumah, dibawa ke laut atau tasik, dekat Castel Gandolfo, untuk berehat dan makan malam di restoran,” katanya.

Jabatan itu juga turut menyediakan ubat-ubatan dan peralatan perubatan ke negara-negara sedang membangun.

Misalnya, pada bulan Ogos lalu, badan amal Sri Paus itu telah menyumbang tomograf bernilai $ 600,000 disumbangkan kepada Madagascar serta membina dan mengubah suai klinik-klinik perubatan yang berharga hampir hampir dua juta euro [$ 2.4 juta] di tiga buah negari termiskin di Afrika. Sri Paus Fransiskus mencuci kaki para banduan di penjara Rebibbia pada Khamis Suci pada tahun 2015 dan tahanan di penjara Regina Coeli tiga tahun kemudian, merupakan antara karya belas kasihan Bapa Suci yang masih diingati oleh dunia.

Pada bulan Jun tahun ini, Sri Paus telah menerima lebih kurang 20 orang banduan di kediamannya yang diiringi pengarah penjara, pegawai dan pemimpin agama. Para banduan ini juga dibawa melawat Muzium Vatikan.

Musim panas tahun ini adalah salah satu musim terpanas di Itali, dengan kebakaran berlaku di selatan negara ini. Pulau Mediterania di Sicily mencatat suhu 119.84 darjah Fahrenheit (48.8 darjah Celsius) pada 11 Ogos, dipercayai tertinggi yang pernah dicatat di Eropah. — CNA

Total Comments:0

Name
Email
Comments