Bapa Suci rayu kegilaan peperangan berakhir

“Saya menderita melihat orang mati, kanak-kanak yang tidak akan kembali...” Sri Paus Fransiskus mengucapkan kata-kata ini tepat setahun yang lalu.

Mar 25, 2024


VATIKAN:
“Saya menderita melihat orang mati, kanak-kanak yang tidak akan kembali...” Sri Paus Fransiskus mengucapkan kata-kata ini tepat setahun yang lalu.

Ketika itu, prelatus itu menyambut ulang tahun kesepuluh kepausannya dan beliau berkongsi rasa pilu serta sakitnya yan turut dirasai oleh ribuan ibu di seluruh dunia.

Uskup Roma itu berbicara dalam podcast pertama yang diterbitkan oleh media Vatikan. Tumpuannya berfokus kepada golongan muda yang terkorban dalam perang di Ukraine, yang disifatkannya sebagai “martir” atau “terseksa”.

Dan slogan ini tidak pernah berhenti sebaliknya berteruskan mengingatkan dunia tentang penderitaan rakyat Ukraine.

Seruan Sri Paus dan solidaritinya dengan Ukraine tidak padam selama 12 bulan, sehinggalah menjelang ulang tahun kepausannya yang ke-11, lebih-lebih lagi prospek konflik yang semakin meluas di Eropah Timur, dengan kemungkinan pe-nempatan tentera Eropah dan ancaman tindak balas nuklear.

Berita buruk semakin parah apabila meletusnya konflik di Tanah Suci pada Oktober tahun lalu berikutan serangan pengganas oleh Hamas dan tindak balas tentera Israel yang mengakibatkan kira-kira 31,000 kematian dalam tempoh lima bulan.

Mengalami kesakitan ini, Sri Paus Fransiskus, ketua Gereja Sejagat itu sering berdoa dalam keheningan dalam biliknya, di mana dia menyimpan ikon, salib dan objek lain yang mewakili negara-negara yang menderita.

Bapa Suci menyuarakan kesakitan ini dalam setiap kenyataan umum. Lebih 130 seruan telah dilaungkannya pada tahun lalu untuk Ukraine, lebih daripada 60 seruan untuk Timur Tengah dan penduduk Gaza.

Setiap kali Angelus, Regina Caeli, atau Audiensi bersama umat umum, Sri Paus tidak pernah gagal menyeru doa agar pe-perangan berakhir, mengulangi kedekatan doanya bagi para mangsa peperangan dan seruan keamanan untuk menamatkan “kegilaan” perang.

Harapan untuk keamanan yang adil dan berkekalan adalah satu-satunya tema dan latar belakang kata-kata Sri Paus sepanjang tahun kesebelas kepausannya.

Sri Paus tidak berputus asa menyeru perdamaian, mengharapkan keamanan dan berdoa untuknya.

Itu adalah kata-kata Sri Paus kepada keluarga pelarian yang tiba di Itali melalui koridor kemanusiaan pada Mac 18, tahun lalu.

Pada Mac 25, Bapa Suci mengenang kembali saat mengkonsekrasi Rusia dan Ukraine kepada Hati Maria yang Tak Bernoda. Bapa Suci berdoa, “Janganlah kita jemu mempercayakan perdamaian kepada Ratu Damai” seraya menghimbau umat beriman untuk selalu mengenang Ukraine dan berdoa kepada Perawan Maria kerana “dia adalah ibu, yang dapat menjaga kita semua dalam kesatuan dan kedamaian.” — media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments