Bapa Suci: Saya tidak terfikir untuk bersara!

Dalam sebuah wawancara dengan media barubaru ini, Sri Paus Fransiskus mengatakan bahawa seorang perawat telah menyelamatkan hidupnya.

Sep 03, 2021


TAKTHA SUCI:
Dalam sebuah wawancara dengan media barubaru ini, Sri Paus Fransiskus mengatakan bahawa seorang perawat telah menyelamatkan hidupnya. Bapa Suci merujuk pada rawatan kesihatan yang dilakukannya beberapa ketika lalu.

“Seorang perawat telah menyelamatkan hidup saya,” kata Sri Paus Fransiskus kepada radio COPE Sepanyol, pada 1 September.

Dalam segmen itu, seorang jurnalis bertanya kepada Sri Paus Fransiskus bagaimana kesihatannya selepas pembedahan usus pada 4 Julai lalu.

“Saya hidup,” jawab Sri Paus. “Seorang perawat lelaki yang banyak pengalaman, telah menyelamatkan hidup saya.”

Surat khabar Itali, La Repubblica melaporkan pada 31 Ogos bahawa perawat yang dimaksudkan oleh Bapa Suci ialah Massimiliano Strappetti, seorang perawat yang telah bekerja di Vatikan sejak 2002, setelah lapan tahun bertugas di unit perawatan intensif di Rumah Sakit Gemelli Roma.

Radio COPE menulis bahawa Strappetti adalah seorang suami dan ayah yang dikenali dengan sikap murah hati dan mesra dengan orang lain.

Menurut La Repubblica, Strappetti menyarankan Sri Paus Fransiskus untuk menjalani ujian setelah prelatus mengalami divertikulitis pertamanya pada Februari.

Strappetti dan staf kesihatan kepausan yang lain, mencadangkan agar Bapa Suci menjalani pembedahan pada 4 Julai untuk menjaga situasi agar tidak menjadi lebih buruk.

Bapa Suci kembali ke Vatikan pada 14 Julai, setelah menjalani rawatan selama 11 hari di Hospital Gemelli untuk pemulihan dari pembedahan.

“Ini kedua kalinya dalam hidup saya bahawa seorang perawat telah menyelamatkan hidup saya. Pertama semasa tahun 1957,” kata Sri Paus Fransiskus kepada COPE.

Sri Paus Fransiskus menceritakan tentang seorang biarawati Itali yang menasihati dan membantunya ketika dia sakit radang paruparu semasa belajar di seminari di Argentina.

Wawancara itu juga membicarakan khabar angin media bahawa Sri Paus Fransiskus sedang mempertimbangkan untuk mengundurkan diri.

Bapa Suci dengan bercanda mengatakan, “ketika seorang Sri Paus sakit, angin atau badai konklaf akan muncul" sekaligus menafikan perkara itu.

La Repubblica melaporkan bahawa Fransiskus tidak terfikir untuk bersara serta tidak menyusun atau memperisapkan dokumen untuk mengatur pengunduran dirinya sebagai Sri Paus, seperti yang dikhabarkan baru-baru ini.

Dalam wawancara selama satu setengah jam itu, Bapa Suci turut menyatakan kekhuatirannya tentang situasi di Afghanistan.

Wawancara dengan Carlos Herrera, seorang jurnalis, penyampai TV Sepanyol dan pernah memenangi beberapa anugerah. Radio COPE ialah sebuah stesen radio yang dimiliki oleh konferensi para uskup Sepanyol. – LiCASnews

Total Comments:0

Name
Email
Comments