Bapa Suci seru sokong usaha atasi krisis kelaparan

Dalam pesannya kepada Organisasi Makanan dan Pertanian (FAO) Persatuan Bangsa-Bangsa pada 14 Jun, Sri Paus Fransiskus meminta masyarakat dunia untuk menyokong para petani kecil.

Jun 18, 2021

ROMA: Dalam pesannya kepada Organisasi Makanan dan Pertanian (FAO) Persatuan Bangsa-Bangsa pada 14 Jun, Sri Paus Fransiskus meminta masyarakat dunia untuk  menyokong para petani kecil.

Bapa Suci mengatakan krisis kesihatan global harus memacu  usaha-usaha bagi mencipta sistem tanaman global yang mampu menjadi bekalan pada masa hadapan. 

“Akan sangat membantu jika memanfaatkan potensi inovasi untuk menyokong petani-petani kecil  serta membantu mereka meningkatkan hasil pengeluaran mereka,” kata Sri Paus Fransiskus.

FAO mengadakan Sesi ke-42 di Roma dari 14 - 18 Jun.

Organisasi ini didirikan pada tahun 1945 dan memiliki anggota lebih dari 194 negara. Bapa Suci dalam pesannya, menyatakan bahawa pada tahun 2020 jumlah orang yang berisiko mengalami hasil tuaian yang kronik  dan memerlukan sokongan segera  untuk mencapai ke peringkat yang lebih baik dalam masa lima tahun. 

“Situasi ini boleh menjadi lebih  buruk di masa depan. Konflik, cuaca ekstrem, krisis ekonomi, ditambah dengan krisis kesihatan pada  masa ini, adalah sumber kelaparan  bagi jutaan orang,” kata Bapa Suci. 

“Oleh itu, untuk mengatasi kerentanan yang berkembang ini,  penting untuk mengadopsi undang-undang yang mampu mengatasi penyebab struktural yang menyebabkan masalah ini muncul.”

“Sebagai penyelesaian terhadap  keperluan ini, sangat penting untuk  memastikan sistem pertanian yang  efektif, berkelanjutan, dan mampu  menyediakan pola makan yang  sihat dan dapat dijangkau untuk semua orang. — LiCASnews

Total Comments:0

Name
Email
Comments