Bapa Suci ungkap dukacita, kedekatan mangsa kebakaran hospital di Iraq

Melalui telegram yang dikirim melalui Kardinal Pietro Parolin, Setiausaha Negara Vatikan, Sri Paus Fransiskus menyatakan kedekatannya dengan para mangsa kebakaran di wad hospital al-Hussein, Nasiriyah, Irak.

Jul 16, 2021

ROMA: Melalui telegram yang dikirim melalui Kardinal Pietro Parolin, Setiausaha Negara Vatikan, Sri Paus Fransiskus menyatakan kedekatannya dengan para mangsa kebakaran di wad hospital al-Hussein, Nasiriyah, Irak.

Wad tersebut menempatkan para pesakit Covid-19 yang diasingkan. Sri Paus Fransiskus menyatakan doanya kepada yang terkorban dan menyampaikan dukacitanya terhadap keluarga mangsa.

Telegram itu juga mengatakan, “Kepada pesakit, staf dan penjaga, semoga berkat Tuhan memberikan anda penghiburan, kekuatan dan damai.”

Puluhan orang dipercayai maut di wad tersebut manakala ratusan lain cedera. Pusat itu baru dibuka kirakira tiga bulan lalu. Kebakaran itu dipercayai berpunca daripada kebocoran gas silinder.

Sri Paus Fransiskus pernah melawat Nasiriyah semasa mengunjungi Irak pada 6 Mac lalu, sebelum bertemu dengan Imam Besar Ayatollah Ali al-Sistani. — media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments