Bazaar Caritas, pupuk semangat prihatin

Bazaar Sumbangan Kasih Caritas kembali kali keduanya di Flat Teratai Plentong atau dikenali Flat Hijau oleh penduduk setempat pada Mac 3 lalu.

Apr 19, 2024


PLENTONG, Johor:
Bazaar Sumbangan Kasih Caritas kembali kali keduanya di Flat Teratai Plentong atau dikenali Flat Hijau oleh penduduk setempat pada Mac 3 lalu.

Selain daripada mengumpul dana, aktiviti yang diketuai oleh POHD St Joseph Plentong di bawah pimpinan Jessica Kee dan 35 orang sukarelawan itu adalah untuk mempromosi semangat muhibah bersama masyarakat pelbagai kaum.

Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan semasa bazaar tersebut khususnya aktiviti sukaneka yang diketuai oleh para belia seperti “mini bola keranjang”, congkak dan pertandingan mewarna bagi golongan kanak-kanak.

Sesi Dr Maria Lee dari Komisi Keharmonian Alan Ciptaan menjelaskan kepada umat tentang alam sekitar, terutamanya tentang kesan buruk pencemaran plastik.

Ceramah itu menarik minat kanak-kanak seterusnya dapat meningkatkan kesedaran dalam menjaga alam sekitar dengan formula 3R (Reuse, Reduce & Recycle).

Beberapa umat awam yang sempat ditanya mengenai aktiviti hari tersebut mengatakan mereka bukan sahaja dapat membeli barangan mampu milik tetapi mereka mengakrabkan lagi ikatan persahabatan.

Walaupun hujan, penduduk setempat memberikan kerjasama yang sangat baik dengan para sukarelawan sehingga berjaya mengumpul dana sebanyak RM1110.

Total Comments:0

Name
Email
Comments