Belas kasihan Tuhan dasar manusia untuk bertobat

“Dalam realiti kehidupan di dunia, manusia tidak lari daripada melanggar kehendak Tuhan dan jatuh dalam dosa.

Mar 15, 2019

KENINGAU: “Dalam realiti kehidupan di dunia, manusia tidak lari daripada melanggar kehendak Tuhan dan jatuh dalam dosa. Oleh itu, gereja menyediakan pelbagai sumber untuk memohon pengampunan daripada-Nya bukan hanya melalui Sakramen Pengakuan tetapi mengambil masa untuk berbicara dengan Tuhan melalui doa dan firman-Nya,” kata Uskup Cornelius Piong semasa memimpin Misa Senja Hari Rabu Abu.

Rabu Abu adalah hari pertama Masa Pra-Paskah, yang menandai bahawa kita memasuki masa tobat 40 hari.

“Marilah mengambil kesempatan semasa menjalankan puasa dan pantang ini untuk bertobat dan menyatukan dengan diri Tuhan, setia kembali kepada Dia dan hidup selalu dikuasai oleh kehadiran-Nya,” ujar Bapa Uskup Cornelius kepada lebih tiga ribu umat yang membanjiri Dataran Keuskupan Keningau.

Uskup dalam homilinya menegaskan tiga perkara yang perlu dalam perjalanan iman sehari-hari khususnya pada musim Pra-Paskah ini iaitu berdoa, amal kasih serta berpantang dan berpuasa.

“Dalam perjalanan iman, perlulah sentiasa yakin kepada Tuhan yang kita percaya, yang sentiasa menyertai dan dapat menyelamatkan kita. Perlulah setia kepada-Nya. Ambil masa untuk merenungi kehidupan, relasi dengan Tuhan dan juga sesama.

Tuhan begitu mengasihi dan menghargai kita, sehingga kita diajak oleh-Nya untuk mengambil bahagian dalam karya keselamatan ini. Caranya, dengan bertobat berdoa dan melakukan perbuatan kasih, dan sesungguhnya inilah yang bersama-sama kita lakukan dalam kesatuan dengan Gereja pada masa PraPaskah. — KOMSOS K’gau

Total Comments:0

Name
Email
Comments