Belia bincang inkulturasi dalam Gereja Katolik

Pada bulan lepas iaitu, pada 10 Jun 2021 (Khamis), Keuskupan Melaka Johor telah menganjurkan sebuah program yang bertemakan “Merapatkan Sempadan Budaya”.

Jul 10, 2021

Shalom semua!! Apa khabar? Saya harap anda semua sentiasa sihat tidak kira di mana sahaja anda berada.

Pada bulan lepas iaitu, pada 10 Jun 2021 (Khamis), Keuskupan Melaka Johor telah menganjurkan sebuah program yang bertemakan “Merapatkan Sempadan Budaya”.

Di dalam program tersebut Sr Chennisia Seting SSFS telah menyampaikan sesi yang bertajuk “Inkulturasi dalam Gereja Katolik”.

Sr Chennisia dalam sesinya, berkongsi mengenai Inkulturasi di dalam masyarakat Kenyah di Sarawak.

Ketika MJDYPN menanyakan mengapa beliau berkongsi mengenai budaya masyarakat Kenyah, beliau menyatakan bahawa beliau ingin berkongsi mengenai adat dan budaya masyarakat Kenyah dengan semua belia dari Keuskupan Melaka Johor kerana kebanyakkan dari mereka berasal dari Sabah dan Sabah.

Selain itu, MJDYPN sempat bertanya kepada para peserta mengenai maklum balas dari sesi tersebut dan kebanyakan mereka memberikan maklum balas yang positif kerana mereka merasakan topik ini sangat menarik untuk dikongsi kepada para belia agar mereka lebih mengenal dan menghargai budaya masyarakat sendiri.

Memetik dari peribahasa “Yang lama dikelek, yang baharu didukung” yang bermaksud adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu, kita semua terutamanya anak muda haruslah menghargai warisan budaya yang telah diturunkan kepada kita kerana ia adalah khazanah dan peradaban yang sangat berharga.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada MJDYPN kerana menganjurkan program yang begitu bermakna sekali. Sekian Terima Kasih.— Aloysius

Total Comments:0

Name
Email
Comments