Bengkel Penyembuhan sedarkan peserta pentingnya sikap mengampuni

Bengkel Penyembuhan sedarkan peserta pentingnya sikap mengampuni

Jul 20, 2018

JOHOR BAHRU: “Dari mana penderitaan manusia berasal?’ soalan ini diajukan oleh seorang Paderi kepada para perserta bengkel penyembuhan pada 16 Jun lalu.

Tim Pelayanan Karismatik Keuskupan Melaka Johor telah menganjurkan Bengkel Penyembuhan bertema, “Dipanggil untuk saling menyembuhkan”. Ia adalah kesinambungan bengkel terdahulu iaitu “Bengkel Puji dan Sembah”.

Father Christopher Lee, penasihat Tim dan penyampai sesi bengkel ini mengajukan soalan, “Kenapa kita sebagai manusia harus menderita atau dari mana datangnya penderitaan.Para peserta memberikan jawapan dan Fr merumuskan jawapan-jawapan itu dengan memberikan perkongsian antara 13 sebab kenapa kita menderita.Antaranya adalah akibat dari dosa, luka-luka batin, pengaruh kuasa jahat, persekitaran, makanan/minuman dan sebagainya. Ini adalah berita buruk yang menyebabkan manusia sakit dan menderita.

Dalam sesi kedua, Fr Lee memberitakan tentang Khabar Gembira begitu besar kasih Tuhan sehingga mengutus Anak-Nya yang tunggal untuk menyelamatkan kita secara total.

Sesi praktikal juga diadakan, bagi melatih peserta bagaimana mendoakan seseorang yang mahu didoakan.

Fr Lee juga menerangkan ada beberapa penghalang dalam menerima penyembuhan misalnya tidak percaya, tidak dapat mengampuni, dosa tersembunyi dan sebagainya.

Bengkel ini telah memberi inspirasi dan semangat kepada para peserta untuk meneladani serta menghidupi nilai-nilai Injil dalam kehidupan harian mereka.

Tim juga berharap agar bengkel “Pembebasan dan Pengusiran” dapat dianjurkan tidak lama lagi. — Jones Uchat

Total Comments:0

Name
Email
Comments