Bila kita dapat mencapai tahap “sudah selesai”?

Bila kita dapat mencapai tahap “sudah selesai”?

Nov 16, 2018

Bilakah hidup atau cita-cita kita dapat dicapai? Pada masa tertentu dalam kehidupan kita, kita berkata: "Inilah dia! Inilah kemuncaknya! Mulai sekarang, saya tidak perlu lagi bersusah payah. Saya telah berusaha sehabis baik."

Bilakah kita boleh mengatakan ini? Adakah semasa kita mencapai kesihatan dan kekuatan fizikal yang memuaskan? Adakah selepas kita melahirkan anak? Selepas berjaya membesarkan anak-anak?

Apabila buku yang kita terbitkan begitu laris? Semasa kita menjadi terkenal? Selepas kita memenangi kejohanan utama? Selepas kita merayakan ulang tahun keenam pernikahan kita? Selepas menemui pasangan hidup? Selepas mengharungi kesedihan yang getir? Bila agaknya ia akan tercapai?

Adakah apabila perjalanan hidup kita mencapai titik yang cukup cemerlang maka kita boleh mengatakan hidup kita sudah lengkap?

Ahli mistik pada abad pertengahan, John dari Salib mengatakan bahawa kita mencapai tahap ini apabila apa yang dipanggilnya sebagai “pusat terdalam” menjadi matang. Tetapi dia tidak membayangkan cara ini seperti apa yang kita fikirkan.

Sebaliknya, bagi John, pusat yang paling dalam adalah titik optimum pertumbuhan manusia kita, iaitu kematangan yang paling mendalam yang boleh kita kembangkan sebelum akhir hayat kita. Jika ini benar, misalnya bagi bunga, perkara penting dalam pertumbuhan sekuntum bunga ialah bukan pada pembungaan atau kemekaran bunga sebaliknya benihnya, sehinggalah ia layu dan mati. Itulah titik pertumbuhannya yang lebih tinggi, pencapaiannya yang muktamad.

Apa poin utama pertumbuhan kita? Bagi saya, kita cenderung memikirkan pencapaian kita diukur dari segi prestasi konkrit, positif, seperti kejayaan kerjaya atau prestasi sukan, intelektual atau artistik yang membawa kita kepuasan, pengiktirafan, dan populariti.

Atau, melihat dari sudut pandangan makna, kita mungkin menjawab soalan dengan berbeza dengan menyatakan bahawa pencapaian kita adalah perkahwinan yang memberi kehidupan, atau menjadi ibu bapa yang baik, atau menjalani kehidupan yang memuaskan dengan melayani orang lain.

Seperti bunga, adakah kita akan memberikan benih kepada bumi agar bunga lain dapat tumbuh? Nouwen menyatakan bahawa jawapan bagi kebanyakan orang adalah berbeza-beza.

“Bagi sesetengah orang, hidup mereka mencapai tahap memuaskan apabila mereka menikmati cahaya populariti setelah beberapa lama dilupai.

Ada juga sesetengah orang yang mengatakan bahawa hidup itu sungguh menggembirakan apabila berada di kemuncak kekuatan fizikal setelah lama berasa lemah dan tidak bertenaga. Bagi sesetengah orang, hidup yang menggembirakan itu tercapai apabila kekreatifan mereka membuahkan banyak hasil selepas beberapa lama kehilangan keyakinan akan potensi mereka

Bilakah Yesus memberikan benih-Nya, kepenuhan Roh-Nya? Bagi Yesus, ia terjadi bukan selepas Dia melakukan mukjizat-mukjizatnya di mana orang ramai yang menyaksikan peristiwa luar biasa berasa kagum.

Kepenuhan hidup-Nya juga bukan setelah Dia berjalan di atas air, dan bukanlah ketika orang-orang pada zaman itu mahu menjadikannya raja sehingga Dia berasa dia telah melengkapi tujuan hidup-Nya di mana jiwa-jiwa orang ramai mula disentuh oleh semangat-Nya. Tidak, bukan itu. Namun, bilakah masanya Yesus sudah tidak ada apa-apa lagi untuk dicapai?

Saya memetik dari Henri Nouwen untuk menjawab soalan ini. Katanya, “Kita tahu satu perkara, bagaimanapun, untuk Anak Manusia roda berhenti apabila Dia kehilangan segala-galanya: kuasa untuk berbicara dan menyembuhkan, rasa kejayaan dan pengaruhnya, murid dan sahabat - bahkan Tuhannya. Apabila Dia dipaku di atas kayu, apabila dirampas semua martabat manusia, Dia tahu bahawa Dia telah mencapai kemuncaknya dan berkata, "Sudah selesai" (Yohanes 19:30).

"Sudah selesai!" Dalam bahasa Yunani, Tetelesti. Ini adalah ekspresi yang digunakan oleh artis untuk menandakan bahawa kerja telah selesai dan tidak ada lagi penambahan pada karya itu. Ia juga digunakan untuk menyatakan bahawa sesuatu telah lengkap.

Contohnya, cop Tetelesti ditampal pada dokumen tuduhan terhadap seorang penjahat selepas dia menjalani hukuman penjara penuhnya; ia digunakan oleh bank apabila hutang telah dibayar balik; ia digunakan oleh seorang hamba untuk memberitahu tuannya bahawa kerja telah selesai; dan ia digunakan oleh atlet apabila, letih dan keletihan, mereka berjaya menyeberangi garisan penamat dalam perlumbaan.

Sudah selesai! Sekuntum bunga mati untuk melepaskan benihnya yang sejajar dengan kata-kata terakhir Yesus.

Di atas salib, Dia setia hingga akhir, kepada Tuhannya, terhadap apa yang dikatakan-Nya sebelum disalibkan, Dia berpegang pada kasih seperti yang diwartakan-Nya, dan kepada intergriti-Nya sendiri, Dia berhenti hidup dan mati, dan pada tahap inilah, Dia memberikan benih-Nya dan Roh-Nya mulai meresap dunia. Beliau telah mencapai puncak tertinggi, pusat yang paling dalam, hidup-Nya telah lengkap, sudah selesai.

Bilakah hidup kita berhenti dan permulaan kematian kita? Bilakah kita bergerak daripada menjadi mekar untuk melepaskan benih kita?

Sudah tentu, apabila kesihatan, kekuatan, populariti, dan daya tarikan kita mula berkurangan, mula memudar, ke dalam margin, dan akhirnya akan meninggalkan dunia ini. Tetapi apabila ini dilihat dalam cahaya hidup Yesus, kita melihat bahawa ketika kita memudar, seperti bunga melewati mekar, kita mula melepaskan sesuatu yang lebih bernilai daripada daya tarikan mekar. Itulah apabila kita boleh berkata: “Sudah selesai!” — Hakcipta Terpelihara @ Fr Ron Rolheiser 1999-2018

Total Comments:0

Name
Email
Comments