Bilangan umat Katolik di Asia terus bertambah

Jumlah umat Katolik di Asia meningkat pada 2019, menurut statistik yang diterbitkan baru-baru ini.

Oct 30, 2021

VATIKAN: Jumlah umat Katolik di Asia meningkat pada 2019, menurut statistik yang diterbitkan baru-baru ini.

Populasi dunia tumbuh sebesar 81.3 juta pada tahun 2019, sementara anggota Gereja Katolik meningkat seramai 15.4 juta sehingga total umat Katolik di seluruh dunia mencapai 1.3 juta orang.

Statistik yang baharu membandingkan pertumbuhan tahun 2019, tahun terakhir data tersedia, dengan 2018 dan ia tidak mencerminkan efek dari pandemik virus corona global pada tahun 2020.

Meskipun berita dalam beberapa tahun terakhir menyatakan penurunan jumlah paderi Katolik yang ditahbis di Eropah dan Amerika, jumlah keseluruhan paderi meningkat sedikit pada tahun 2019, seramai 271 orang, sebahagian besar kerana peningkatan panggilan paderi di Afrika dan Asia, yang mengimbangi penurunan di tempat lain.

Diakon permanen juga terus meningkat dari tahun sebelumnya, dan peningkatan itu terjadi di kelima benua, terutama Eropah dan Amerika.

Sementara itu jumlah religius lelaki dan wanita menurun pada tahun 2019. Religius wanita wanita turun lebih dari 11,500. Tetapi misionari awam meningkat lebih dari 34,200, dengan majoriti misionari awam baharu berlokasi di Amerika.

Pertumbuhan populasi Katolik tetap stabil. Pada akhir 2019, umat Katolik membentuk 17.74% dari populasi global, naik hanya 0.01% dibandingkatn tahun 2018.

Di Asia, yang berpenduduk 4.5 juta orang, umat Katolik hanya merupakan 3.31% dari populasi atau berjumlah 149,1 juta.

Dalam sidang akhbar pada 21 Oktober, Kardinal Luis Antonio Tagle menekankan jumlah umat Katolik yang relatif kecil di Asia. Beliau mengatakan bahawa sekitar setengah dari umat Katolik di Asia berada di Filipina.

Prefek Kongregasi untuk Evangelisasi Bangsa-Bangsa itu menambah bahawa tahun-tahun terakhir ini di Asia, kita telah melihat adanya peningkatan proporsi dan peratusan jumlah pembaptisan, dan juga jumlah pemuda memasuki seminari dan kehidupan religius.

“Dari segi angka masih kecil, tetapi dari segi peratusan proporsinya besar,” katanya. “Dan kita tentu sahaja bersyukur kepada Tuhan.”

Perkara ini disampaikan oleh Kardinal Tagle, mantan Uskup Agung Manila, semasa sidang akhbar tentang Hari Minggu Misi Dunia. — LiCASnews.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments