Bonda Maria dan Tritunggal Mahakudus

Bonda Maria dan Tritunggal Mahakudus

May 25, 2018

Soalan: Setiap kali kita berdoa Rosario, kita selalu menyebut hubungan Bonda Maria dengan Tuhan Tritunggal Mahakudus, iaitu Salam Puteri Tuhan Bapa, Salam Bonda Tuhan Putera, dan Salam Mempelai Tuhan Roh Kudus. Sepengetahuan saya, Maria selalu dikaitkan dengan Yesus, tetapi jarang dengan Tuhan Tritunggal, kecuali dalam doa Rosario. Bagaimana kita dapat memaknai hubungan erat antara Bonda Maria dengan Tuhan Tritunggal Mahakudus untuk hidup rohani kita sekarang? Mohon pencerahan. - Lily D

Pertama, memang benar Bonda Maria sering hanya dilihat dalam kaitan dengan Yesus, Puteranya. Tetapi, relasi Bonda Maria dengan Yesus (penjelmaan dari Tuhan Putera) juga mengandaikan relasi dengan Tuhan Bapa dan Tuhan Roh Kudus.

Ketiga-tiga salam pada awal doa Rosario mengingatkan kita pada relasi yang sangat intim antara Bonda Maria dan Tuhan Tritunggal Mahakudus. Kedekatan Bonda Maria dengan kedua-dua peribadi lain memang jarang diangkat, padahal hal ini termasuk dalam butir iman yang harus dipercayai dan sangat penting untuk pertumbuhan hidup rohani.

Kedua, Katekismus Gereja Katolik menunjukkan bahawa Bonda Maria berkait erat dengan Tuhan Tritunggal Mahakudus ketika kita berbicara tentang “hidup yang kekal” atau syurga. Katekismus menyatakan “kehidupan yang sempurna bersama Tritunggal Mahakudus ini, persekutuan kehidupan dan cinta bersama Tuhan, bersama Perawan Maria, bersama para malaikat dan orang kudus, dinamakan 'syurga'. “Syurga adalah tujuan terakhir dan pemenuhan kerinduan terdalam manusia, keadaan bahagia tertinggi dan definitif.” (No 1025)

Bonda Maria sebagai manusia telah mencapai persekutuan dengan Tuhan Tritunggal ini di syurga kerana imannya yang gagah berani, harapannya yang tak tergoyahkan, dan kasihnya yang terus berkobar kepada Puteranya. Bonda Maria secara total menghayati ziarah imannya dan dengan demikian mencapai apa yang dirindukan oleh setiap manusia, iaitu persekutuan hidup dan kasih dengan Tuhan Tritunggal Mahakudus.

Ketiga, erti penting relasi di atas terletak pada keteladanan yang diberikan oleh peribadi Bonda Maria dalam peziarahan iman menuju tujuan akhir kehidupan ini. Ini berlaku untuk setiap anggota umat manusia.

Keteladanan ini mencuat jelas jika kita mempertimbangkan, bahawa setiap manusia diciptakan menurut citra dan keserupaan dengan Tuhan. Melalui kehamilannya yang tanpa noda dosa, Maria adalah citra Tuhan yang sempurna. Melalui iman, harapan, dan kasihnya, Maria menyempurnakan keserupaannya dengan Tuhan.

Kerana keserupaan dengan Putera yang sedemikian itulah, maka Bonda Maria diangkat ke syurga. Melalui kata-kata dan hidupnya, Bonda Maria memberikan penghormatan yang sempurna kepada Tuhan.Hal ini nyata dalam Magnificat Maria. Maria merendahkan diri di hadapan Tuhan dan bersyukur kepada Tuhan kerana Ia telah melakukan perbuatan-perbuatan besar baginya. Maria menguduskan nama-Nya.

Sikap Maria yang benar tergantung dan menyembah Tuhan menjadi teladan bagi setiap anggota umat manusia tentang bagaimana berjuang mencapai tujuan akhir hidup ini (KGK No 2097; bdk No 369 yang berbicara juga tentang manusia sebagai citra Tuhan). Bonda Maria adalah teladan untuk mencapai persekutuan hidup dan kasih dengan Tuhan Tritunggal Mahakudus. — Father Dr Petrus Maria Handoko CM

Soalan 2: Apa yang dimaksud dengan madah akathistos? — Willem

Jawaban:
Ia adalah sebuah madah puji-pujian indah kepada Maria. Pengarang madah ini tidak dikenali. Madah ini berisi ucapan syukur kepada Maria atas bantuannya sebagai Bonda Tuhan (Yun: Theotokos) kerana telah melindungi Kota Konstantinopel semasa pengepungan pada tahun 626. Pada saat itulah madah ini dinyanyikan oleh para penduduk kota tersebut. Nama madah ini akathistos berasal dari aksi berdiri ketika menyanyikan madah ini.

A-kathistos bererti tanpa duduk. Madah ini dinyanyikan pada Sabtu kelima dalam Masa Pra-Paskah. Para rahib menggunakan madah ini sebagai doa rasmi (officium) singkat untuk menghormati Bonda Tuhan. — Father Dr Petrus Maria Handoko CM

Total Comments:0

Name
Email
Comments