Bonda Maria inspirasi hebat untuk Hari Sta Pelindung OLOF

Bonda Maria inspirasi hebat untuk Hari Sta Pelindung OLOF

Jul 06, 2018

TAIPING: Umat Katolik Taiping berasa sungguh bertuah kerana Hari Santo Pelindung mereka jatuh pada 13 Mei, yang juga merupakan perayaan Hari Ibu sedunia.

Pada hari tersebut lebih 700 orang umat berkumpul bagi menghormati Bonda Maria dan mengucapkan syukur kepada Yesus untuk kurniaan yang istimewa ini.

Father Mark Micheal, merayakan perayaan meriah ini bersama Paderi Paroki Father Jude Miranda dengan kata amanat beliau, “Tangan yang menggoncang buaian itu akan memerintah dunia".

Sifat Bonda Maria yang dipenuhi dengan kelembutan, rendah hati dan penuh ketaatan kepada Tuhan kita. Bonda Maria telah memberikan gambaran tentang asas kehidupan kepada kita dan mengingatkan setiap orang untuk mencari kurniaan yang istimewa itu.”

Tambah Fr.Mark, merujuk kepada majlis perkahwinan di Kana (Yoh 2:1-5), Bonda Maria berkata kepada pelayanpelayan di sebuah rumah yang mengadakan majlis perkahwinan agar “melakukan apa sahaja yang dikatakan-Nya kepada kamu.”

“Oleh itu, pada masa kita gagal untuk mematuhinya, kita memohon pengampunan daripada- Nya,” ujar Fr Mark.

Perayaan Ekaristi diakhiri dengan perarakan di sekitar Chapel, diiringi oleh ucap Syukur.

Sebelum perayaan, terlebih dahulu umat menyertai Novena bermula dengan menaikkan bendera yang disempurnakan oleh Father Simon Anan sementara itu, Misa Penyembahan dipimpin oleh Father Victor Louis dalam tempoh Novena tersebut.

Kawasan Chapel dipenuhi suasana yang ceria dan acara berakhir dengan jamuan makan malam bersama semua umat yang hadir. — Timothy Silvester

Total Comments:0

Name
Email
Comments