China batal pentahbisan imamat bagi diakon pernah sertai WYD

Keuskupan Shanghai di China mentahbis empat paderi baru pada 5 Jun. Seharusnya lima orang diakon ditahbis sebagai paderi pada hari tersebut namun

Jun 12, 2021

SHANGHAI: Keuskupan Shanghai di China mentahbis empat paderi baru pada 5 Jun. Seharusnya  lima orang diakon ditahbis sebagai  paderi pada hari tersebut namun  pemerintah tidak merestui pentahbisan paderi salah seorang diakon  kerana beliau pernah menyertai  perayaan Hari Belia Sedunia tahun 2016 di Poland. 

Pentahbisan Imamat Diakon  Yang Dongdong, 34, yang sehari  sebelumnya ditahbiskan menjadi  diakon bersama empat calon paderi lainnya. Pentahbisan imamatnya  dibatalkan oleh kerajaan China  dengan alasan lima tahun lalu, beliau pernah mengikuti Hari Belia  Sedunia (WYD) di Poland. 

“Kerajaan China menolak pentahbisan imamat itu hanya kerana  beliau menyertai Hari Belia Sedunia,” kata seorang sumber yang dipetik dari laman web berita online  AsiaNews.

“Dia hanya pergi untuk bertemu  dengan orang muda Katolik dari  seluruh dunia dan Sri Paus Fransiskus,” kata sumber itu.

“Maka di China ‘dosa’ itu ada  hubungannya dengan Sri Paus dan  dengan seluruh Gereja di dunia,”  ujar sumber itu lagi. 

Para paderi yang tetap ditahbiskan adalah Giovanni Ning Yongwang, 30, dari Baotou (Mongolia Dalam), Giovanni Zhou Jia,  34, dari Bayanzhuoer (Mongolia  Dalam), Matteo Mi Jizhou, 29, dari  Xingtai (Hebei), dan Francesco Wu  Shun, 31, dari Jinzhong (Shanxi).

Sementara diakon Yang Dongdong, yang pentahbisan imamatnya  ditolak oleh kerajaan, berasal dari  Nantiangong (Lucheng, Shanxi).

Pentahbisan imamat itu diadakan  di Katedral St. Ignatius di Xujiahui  dan dipimpin oleh Uskup Giuseppe  Shen Bin, wakil presiden Dewan  Uskup dan Asosiasi Patriotik.

Uskup Shen Bin dari Keuskupan  Haimen (Jiangsu) adalah seorang  kardinal yang diakui oleh Takhta  Suci dan pemerintah China sejak  ditahbis pada tahun 2010.

Uskup Taddeo Ma Daqin dari  Shanghai tidak menghadiri perayaan itu. Prelatus itu telah mengundurkan diri dari Asosiasi Patriotik pada 2012 dan kini berada di  bawah tahanan rumah di seminari  Sheshan.

Prelatus itu dilarang berhubungan dengan umat awam dan dilarang menjalankan fungsi-fungsi  episkopalnya. Acara tahbisan hanya dihadiri  oleh segelintir orang kerana pembatasan kesihatan yang ketat. —  LiCASnews.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments