China, roboh dan hancurkan Gereja Katolik!

Bangunan gereja kedua dirobohkan oleh pemerintah wilayah Jinan di China, sementara bangunan gereja ketiga akan mengalami hal serupa tidak lama lagi.

Aug 10, 2018

JINAN, China: Bangunan gereja kedua dirobohkan oleh pemerintah wilayah Jinan di China, sementara bangunan gereja ketiga akan mengalami hal serupa tidak lama lagi.

Setelah Gereja Katolik Liangwang dirobohkan pada 17 Jula lalui, umat Katolik setempat berdoa di lokasi kejadian dan membantah tindakan pemerintah yang tidak beralasan.

Gereja Katolik Shilihe dirobohkan awal tahun ini. Beberapa sumber menjangka bahawa Gereja Katolik Wangcun juga akan mengalami nasib yang sama.

Ketiga-tiga gereja tersebut masih digunakan dan semua gereja secara rasmi didafterkan mengikut undang-undang di bawah hal ehwal agama pemerintah, jelas seorang sumber di Wilayah Jinan.

Gereja Katolik Liangwang dibangun pada 1920. Selama Revolusi Budaya, gereja ini diklasifikasi sebagai sebuah rumah peribadi. Setelah melalui prosedur undang-undang yang panjang, gereja itu dibangun kembali pada 2006.

Pada waktu tengah hari, 17 Julai, tiga wanita awam sedang bertugas di gereja itu ketika lebih 40 orang merempuh masuk, menggeledah dan memeriksa orangorang dalam gereja, mengambil telefon bimbit dan mengusir mereka dari gereja.

Manakala, 30 orang lainnya kemudian tiba di gereja lalu membantu proses merobohkan bangunan gereja itu. Proses perobohan dilakukan meskipun masih ada banyak perkakas kepunyaan gereja di dalam gereja.

Gereja itu dibangun di atas tanah yang disumbangkan oleh Desa Liangwang dan telah memperoleh permit kebenaran untuk mengadakan kegiatan secara rasmi. Bangunan gereja dirobohkan kerana Dearah Pian akan dikembangkan dengan pelbagai gedung dan infrastruktur baru.

Seusai perobohan, paderi paroki dan presiden menyampaikan keluhan kepada pihak berwajib tetapi tidak diendahkan.

“Bangku, altar dan kotak persembahan tertimbun dalam runtuhan. Runtuhan itu kemudiaanya terbakar, menyebabkan semua harta benda gereja turut menjadi abu,” kata seorang umat.

Setelah mengetahui rencana perobohan bangunan gereja itu, umat berusaha memperoleh izin dari pihak berkuasa bagi membina gereja di tempat lain, tetapi bangunan gereja dihancurkan sebelum ada kesepakatan.

Pelbagai sumber mengatakan daerah itu berjanji memberi pampasan kepada gereja dan juga lokasi sementara iaitu sebuah rumah, tetapi tawaran itu belum dikemukakan secara rasmi.

Umat mengunjungi runtuhan gereja itu pada 23 Julai, berdoa agar permohonan mereka dikabulkan dan sebagai membantah perobohan tersebut.

Seorang umat percaya bahawa merobohkan gereja dan salibnya sama dengan menggali makam para leluhur pada era feudal.

“Bolehkah anda bayangkan kepedihan dan penderitaan jika anda melihat makam leluhur anda digali dan tulangtulang mereka dihancurkan?” tanyanya.

“Apakah pemerintah perlu melakukan ini? Umat hanya ingin tempat kecil untuk membangun sebuah gereja baru di wilayah sekitarnya tanpa mempengaruhi pembangunan,” keluhnya sayu. -- ucanews.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments