Cinta dan pengampunan dalam perkahwinan

Sempena Tahun Jubli Belas Kasihan, Pelayanan Hidup Keluarga Paroki Holy Trinity telah menganjurkan seminar bagi para pasangan suami isteri bertema, “Cinta dan Pengampunan dan Perkahwinan” pada 12-14 Ogos lalu di Dewan Kateketikal Paroki.

Sep 11, 2016

TAWAU (Herald Malaysia): Sempena Tahun Jubli Belas Kasihan, Pelayanan Hidup Keluarga Paroki Holy Trinity telah menganjurkan seminar bagi para pasangan suami isteri bertema, “Cinta dan Pengampunan dan Perkahwinan” pada 12-14 Ogos lalu di Dewan Kateketikal Paroki.

Seramai 115 peserta iaitu 54 pasangan dan tujuh orang belum berkahwin menghadiri seminar yang bermatlamat mewujudkan kesedaran di kalangan suami isteri bahawa tanpa pengampunan dan belas kasihan dalam perkahwinan, tidak akan ada damai di dalam keluarga.

Seminar ini juga bertujuan untuk menggalakkan pasangan untuk menghidupi budaya “Mengampuni” dalam rumahtangga mereka.

Fr Philip Muji yang menyampaikan topik “Kekudusan Perkahwinan” menyentuh tentang kesucian perkahwinan yang memerlukan kesungguhan, ketabahan dan keteguhan dalam menghidupi sebuah perkahwinan yang indah.

Katanya, “Hubungan antara suami dan isteri ditubuhkan oleh Tuhan sendiri. Keluarga adalah sebuah institut dan ia harus dilindungi, dihormati dan dihargai agar anak-anak yang lahir daripada institusi ini dapat menjadi terang kepada orang lain.

Oleh itu, pasangan Kristus haruslah menjadi saksi dan simbol cinta kasih Tuhan untuk Gereja. Janji Perkahwinan itu sendiri mengharuskan pasangan untuk saling hormat menghormati, mencintai dan berbelas kasihan antara sesama.”

Total Comments:0

Name
Email
Comments