Click to pray 2.0, sokong proses berjalan bersama sinodal

“Click To Pray 2.0" adalah cadangan digital yang dikemas kini yang boleh dimuat turun di platform iOS dan Android.

Oct 22, 2021


VATIKAN:
“Click To Pray 2.0" adalah cadangan digital yang dikemas kini yang boleh dimuat turun di platform iOS dan Android.

Dilancarkan oleh “Jaringan Doa Sri Paus Seluruh Dunia”, aplikasi ini menawarkan kepada pengguna pelbagai proposisi khusus untuk berdoa bersama dengan Bapa Suci setiap hari sambil menyokong proses sinodal.

Dilancarkan pada hari Selasa di Pejabat Akhbar Takhta Suci, oleh Jaringan itu sendiri, bekerjasama dengan Sekretariat Jeneral Sinod Uskup dan International Union of Superiors General, “Click To Pray” mencadangkan kandungan baharu untuk doa dan iringan jadual sinode. Direktur Antarabangsa “Jaringan Doa Sri Paus”, Fr Frederic Fornos, SJ, menyatakan bahawa, “inti misi Gereja adalah doa”.Maka “Klik untuk Berdoa” bermatlamat menjadi tempat pertemuan peribadi dengan Tuhan dan untuk membina komuniti doa digital di seluruh dunia.

Msgr Lucio Ruiz, Setiausaha Dicastery for Communication, menambah bahawa salah satu pelajaran yang dapat dipelajari dari pandemik Covid-19 adalah “budaya digital banyak ditawarkan”, juga dalam kapasitinya “untuk menjangkau dan menemani umat di mana sahaja mereka berada.” Beliau juga mengesahkan bahawa platform media sosial Sri Paus mempunyai peningkatan jumlah pengikut yang pesat dalam beberapa tahun ini. — media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments