Covid-19: Gereja-gereja Katolik Semenanjung Malaysia tangguh Misa, kelas Minggu

Surat Pastoral Dari Para Uskup Semenanjung Malaysia

Mar 21, 2020

Untuk para Paderi, religius dan umat beriman,
Beberapa minggu ini merupakan masa sukar bagi kita semua khususnya dalam menghadapi tiga cabaran getir iaitu krisis politik negara, kes-kes peningkatan mendadak Covid-19 dan gangguan serta perubahan tradisi yang dicintai oleh Katolik diakibatkan langkah keselamatan kesihatan. Sebagai gembalagembala anda, kami sangat menyedari akan keperitan, kekeliruan dan kerisauan yang anda hadapi.

Kami berterima kasih di atas kerjasama anda di dalam membantu kami melaksanakan sarana-sarana pastoral dan langkah umum berjaga-jaga di setiap paroki, di atas doa-doa anda dan ketabahan anda untuk terus mempercayai Perlindungan dan Penyembuhan Tuhan.

Walaupun awalnya kami mengharapkan keadaan akan bertambah baik, tetapi hakikatnya, ia semakin menjadi teruk sejak beberapa minggu lalu. Kelmarin, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang telah memantau perkembangan keadaan di seluruh dunia, telah mengisytiharkan bahawa Covid-19 adalah pandemik, yang bererti “penyebaran penyakit di seluruh dunia.”

Ketua Pengarah WHO, memberikan kita perincian yang membuktikan bahawa “bilangan kes Covid-19 di luar China telah meningkat 13 kali ganda, dan jumlah negara yang terkena jangkitan telah meningkat tiga kali ganda.” Mengikut kiraan kelmarin, kita mempunyai 149 kes yang disahkan di Malaysia, iaitu peningkatan sebanyak 126 kes dalam tempoh kurang dua minggu. Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan nasihat perubatan tambahan, termasuk menangguhkan semua "perhimpunan besarbesaran.”

Sepanjang minggu yang lalu, kami tiga uskup/agung wilayah eklesiastikal  di Semenanjung Malaysia, telah mengeluarkan beberapa cadangan, nasihat dan notis chanseri yang mengesyorkan keselamatan dan pastoral dalam memerangi penyebaran jangkitan. Langkah-langkah ini, yang kami harapkan, akan membantu mengurangkan risiko penye baran jangkitan tetapi kami juga menyedari bahawa kami tidak dapat mengekang sepenuhnya atau secukupnya, terutamanya risiko jangkitan dalam perhimpunan besar di ruang tertutup.

Oleh itu, keputusan kami sekarang ini, sebuah keputusan dengan hati yang berat  dan selepas banyak berdoa serta berunding dengan panel pakar perubatan dalam bidang ini, kami ingin melaksanakan langkah-langkah pendahuluan berikut yang perlu untuk mencegah penyebaran selanjutnya jangkitan virus ini:

1. Hari Minggu dan semua Misa Harian akan ditangguhkan bermula 14 Mac (atau 13 Mac, jika hujung minggu bermula pada hari Jumaat) hingga 29 Mac 2020. Ini kebetulan jatuh pada musim cuti umum sekolah. Oleh itu, kami mengecualikan semua orang Katolik dalam memenuhi kewajiban Hari Minggu mereka daripada membantu/menghadiri Misa dalam tempoh ini. Pengecualian ini merupakan langkah sementara dalam menghadapi krisis semasa. Kami akan terus memantau dan mengkaji keadaan untuk menentukan sama ada tempoh penangguhan di atas perlu diperpanjangkan  melangkaui 29 Mac 2020. Sila ambil perhatian bahawa Kementerian Komunikasi Sosial Keuskupan Agung Kuala Lumpur sedang mengatur untuk menyiarkan Misa Kudus dalam pelbagai bahasa dan juga Misa Kudus harian dalam bahasa Inggeris.

2. Para paderi masih perlu merayakan Misa Kudus secara persendirian untuk kebaikan rohani Gereja, bagi intensi umat beriman dan bagi berdoa mengurangkan krisis sekarang.

3. Semua kelas katekismus hendaklah ditutup dan program dan aktiviti kateketikal harus dibatalkan dalam tempoh yang sama.

4. Semua mesyuarat, perhimpunan, pembentukan, sesi  IKD, majlis persaudaraan dan acara-acara dalam Ger eja atau KED adalah dibatalkan dan ditangguhkan dalam tempoh ini.

5. Mana-mana majlis perkahwinan atau pengkebumian yang dijalankan dinasihatkan untuk dijalankan secara tertutup dengan tetamu terhad kepada ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan rapat. Sila hubungi paderi paroki anda untuk maklumat lanjut.

6. Untuk sakramen tobat (pengakuan), pengurapan orang sakit dan Komuni Kudus di rumah, sila hubungi pejabat paroki untuk temujanji dengan paderi paroki anda. Para paderi perlu mengambil langkah berjaga-jaga kesihatan yang diperlukan dalam mengendalikan Sakramen-sakramen.

7. Gereja-gereja, kapel atau bilik doa (jika berkenaan), hendaklah terbuka untuk doa peribadi dan peribadi dan Saat Teduh mengikut masa yang dijadualkan oleh paroki masing-masing. Sila hubungi laman web paroki / paroki anda untuk maklumat lanjut.

8. Kami juga mengisytiharkan bahawa pada 19hb Mac 2020, sempena Hari Besar Sto Joseph, Suami Perawan Maria, santo pelindung Gereja, ditetapkan sebagai hari doa dan puasa untuk memohon pertolongan doa Santo Joseph dan campur tangan Tuhan bagi mengakhiri krisis ini.

Walaupun, siaran media Misa bukanlah pengganti kewajipan untuk membantu / menghadiri Misa pada hari Ahad dan harihari wajib lain yang suci, namun dengan penangguhan Misa pada hari Minggu dan hari biasa, menonton Misa secara langsung dapat berfungsi sebagai bentuk “devosi” kerohanian.

Devosi lain yang dicadangkan juga harus memasukkan pembacaan Sabda Tuhan khususnya pembacaan untuk Misa pada hari tersebut, berdoa Rosario Suci, membuat doa komuni rohani, berpuasa, melakukan devosidevosi lain seperti Jalan Salib, Kerahiman Ilahi dan sebagainya. 

Kami memahami bahawa ramai umat beriman akan kecewa dengan keputusan ini dan kami bersetuju bahawa tidak ada pengganti setara dengan nilai rohani dari Ekaristi Kudus. Tetapi krisis sekarang menyebabkan kita hanya ada dua pilihan, sama ada meneruskan langkah berjaga-jaga sekarang, ATAU melaksanakan pelbagai langkah sosial iaitu menjauhkan diri,  termasuk membatalkan semua perhimpunan besar-besaran orang ramai bagi mengekang virus ini tersebar lebih lanjut.

Tiada bukti dari negara-negara yang kini dilanda wabak besar bahawa pilihan pertama adalah mencukupi. Sebaliknya, pengalaman negara-negara lain telah mengajar kita bahawa pengasingan sosial (social distancing) dapat mengekang sebaran wabak besarbesaran.

Langkah-langkah semasa yang kita ambil juga adalah selaras dengan cadangan Kementerian Kesihatan yang dikeluarkan pada 11 Mac 2020 untuk menangguhkan semua perhimpunan besar-besaran.

Kami terus meletakkan harapan dan kepercayaan kepada Tuhan Yang Maha Esa dan berdoa agar Dia akan segera mengakhiri krisis ini.

Semoga Tuhan Yang Maha Kuasa memberkati anda dan keluarga anda dengan kesihatan yang baik, damai dan rahmat yang melimpah. Gembala anda dalam Kristus,

Total Comments:0

Name
Email
Comments