Cucu Islam bersihkan kubur nenek Kristian, dapat pujian orang ramai

Perbezaan agama sesama keluarga tidak pernah menghalang seseorang itu untuk terus berkasih sayang dengan keluarganya.

Nov 14, 2019

KUCHING: Perbezaan agama sesama keluarga tidak pernah menghalang seseorang itu untuk terus berkasih sayang dengan keluarganya. Malah, menghormati ibu bapa itu sangat dituntut dalam Islam. Itulah yang dikongsi oleh seorang blogger dari Malaysia Timur, Cik Emmet dalam blog beliau, “Bila Cikgu Emmet menulis.”

Sebuah keluarga mualaf menziarahi kubur keluarga mereka yang beragama Kristian pada Hari All Soul Day (Hari Memperingati Para Arwah). Pada hari itu,  kebiasannya penganut agama Kristian akan menziarahi kubur keluarga masing-masing dan membersihkan kawasan tersebut.

Apa yang indahnya, orang ramai tidak pelik dengan keluarga Muslim itu malah tersenyum dan bertegur sapa dengan mereka. Berikut adalah sebahagian coretan yang dipetik dari blog Cikgu Emmet.

Hari ini penganut Kristian terutamanya akan membersihkan pusara ibu atau bapa serta saudara mara yang telah tiada di samping menukar bunga dijambangan.

Namun dalam puluhan orang yang  berada di kawasan perkuburan kelihatan juga kelibat beberapa orang yang memakai baju kurung dan bertudung. Ternyata mereka ialah perempuan muslimah. Mereka turut membersihkan perkuburan.

Salah seorang daripadanya ialah guru SMK Padawan. Iaitu Cikgu Dayang Rafidah bt Awang Osman. Pagi ini beliau bersama ibu dan ibu saudaranya yang beragama Islam turut membersihkan kubur mendiang neneknya yang telah lama tiada. Meskipun kelihatan agak janggal kerana mereka adalah keluarga Muslim tetapi kehadiran mereka disambut sapaan dan senyuman dari  pengunjung lain.

Menurut cikgu Dayang Rafidah.. walaupun neneknya bukan beragama Islam dan ibunya pula seorang mualaf ia tetap tidak memutuskan rasa kasih dan sayang walaupun nenek (ibu kepada ibu Dayang Rafidah) telah meninggal dunia. Rasa sayang terhadap neneknya terus diterjemahkan dengan menyantuni pusara mereka.

Hakikatnya di Sarawak dan juga Sabah khasnya dan di seluruh Malaysia amnya masih terdapat nilai hormat menghormati yang boleh dicontohi. Bumi Tuhan ini untuk dikongsikan bersama.

Total Comments:0

Name
Email
Comments