Dia sungguh taat hingga mati di kayu Salib!

Ada kecenderungan umum sejak dahulu sampai sekarang bahawa orangorang pandai dan cerdas otaknya ada kemungkinan hidup dan bertindak menurut kemahuan, keinginan atau selera peribadi, dengan mengandalkan keunggulan manusiawinya, kecemerlangan otaknya.

Mar 23, 2018

HARI MINGGU
PALMA
YESAYA 50:4-7
FILIPI 2:6-11
INJIL MARKUS 14:1-15:47

Ada kecenderungan umum sejak dahulu sampai sekarang bahawa orangorang pandai dan cerdas otaknya ada kemungkinan hidup dan bertindak menurut kemahuan, keinginan atau selera peribadi, dengan mengandalkan keunggulan manusiawinya, kecemerlangan otaknya.

Pada minggu suci ini, kita semua yang beriman kepada Yesus Kristus, diajak dan dipanggil untuk semakin mengenal dan bersahabat dengan Yesus Kristus, maka marilah kita memulakan Minggu Suci ini dengan merenungkan ajakan rasul Paulus kepada umat di Filipi.

“Hendaklah kamu dalam hidupmu bersama, menaruh fikiran dan perasaan yang terdapat juga dalam Kristus Yesus, yang walaupun dalam rupa Tuhan, tidak menganggap kesetaraan dengan Tuhan itu sebagai milik yang harus dipertahankan, melainkan telah mengosongkan diri-Nya sendiri, dan mengambil rupa seorang hamba, dan menjadi sama dengan manusia. Dan dalam keadaan sebagai manusia, Dia telah merendahkan diri- Nya dan taat sampai mati, bahkan sampai mati di kayu salib” (Fil 2:5- 8).

Saya percaya bahawa tidak ada seorang pun di dunia ini yang ingin hidup sendirian, kecuali mereka yang bermasalah atau sedang menghadapi masalah serta kemudian untuk sementara waktu mahu menyepi dengan bermeditasi. Di dalam meditasi pun sebenarnya juga tidak sendirian, melainkan secara spiritual dalam kebersamaan dengan sesamanya dan Tuhan.

Paulus mengingatkan dan mengajak kita semua agar di dalam hidup bersama “menaruh fikiran dan perasaan yang terdapat juga dalam Kristus Yesus", yang rendah hati dan taat kepada kehendak Tuhan sampai mati, “bahkan sampai mati di kayu salib”.

Hidup bersama yang paling konkrit pada pandangan kami, terjadi di dalam keluarga, antara suami dan isteri, suami-isteri dan anakanak, anggota keluarga dan para pembantunya, serta kemudian diperluas dalam kehidupan bersama dalam satu rukun tetangga.

Semoga melalui keluarga yang dibangun dan dihidupi oleh cinta kasih dapat menjadi teladan dalam hidup bersama. Cintakasih bererti saling mengasihi dan pada zaman ini, sering dilupakan dan sulit dihayati. Ramai orang bersedia mengasihi tetapi tak bersedia dikasihi.

Marilah kita kenangkan bahawa kasih tidak senantiasa nikmat di hati, tetapi juga sering menyakitkan hati, misalnya ketika kita ditegur keras atau dimarahi oleh orang tua atau guru/pendidik. Bukankah teguran dan kemarahan tersebut merupakan wujud kasih mereka kepada kita, dan kita merasa sakit kerananya

Yesus “telah mengosongkan diri- Nya sendiri, dan mengambil rupa seorang hamba”. Nasib seorang hamba yang baik ialah harus siap sedia untuk menderita kerana kesetiaan dan ketaatannya. Seorang hamba yang baik senantiasa berusaha dengan rendah hati dan kerja keras untuk membahagiakan tuantuanya atau mereka yang harus dilayani.

Sebagai murid-murid atau pengikut Yesus kita dipanggil untuk hidup dan bertindak saling melayani, saling membahagiakan dan saling menyelamatkan. Marilah kita kerahkan atau persembahkan hati, jiwa, akal budi dan tenaga atau kekuatan kita untuk melayani, membahagiakan dan menyelamatkan orang lain, dan hendaknya dijauhkan aneka cara hidup dan cara bertindak yang hanya mementingkan kepentingan peribadi, kelompok atau saudara sedarah dan sedaging saja.

"Ketika itu tabir Bait Suci terbelah dua dari atas sampai ke bawah. Waktu kepala pasukan yang berdiri berhadapan dengan Dia melihat mati-Nya demikian, berkatalah ia: "Sungguh, orang ini adalah Anak Tuhan!” (Mrk 15:38-39) Mereka yang disebut tentera atau pasukan pada umumnya memiliki kesihatan tubuh badan yang perkasa, memang kesihatan tubuhnya merupakan andalan utama dalam melaksanakan tugas atau kewajibannya.

Maka pada tentera, paling membanggakan ialah kesihatan dan kekuatan tubuhnya lalu ada kecenderungan untuk menjadi sombong. Maka cukup menarik dan mengesan apa yang terjadi pada dekat salib Yesus, ketika Yesus mati di kayu salib, di mana ketua pasukan yang menyaksikan-Nya dengan rendah hati berkata: “Sungguh, orang ini adalah Anak Tuhan!”, pengakuan iman bahawa Yesus adalah Tuhan yang menjadi Manusia, Penyelamat Dunia yang dinantinantikan kedatangan-Nya oleh ramai orang.

“Anak Tuhan” bererti orang yang menunjukkan melalui cara hidup dan cara bertindaknya, ada hubungan khusus dengan Tuhan, sehingga melalui cara hidup dan cara bertindaknya orang dapat menyaksikan Tuhan hidup dan berkarya di dalam dirinya.

Sebagai orang beriman kita sering disebut sebagai 'Umat Tuhan', dengan kata lain memiliki hubungan khusus dengan Tuhan.

Kita semua tak mungkin terlepas dari Tuhan, hidup, pertumbuhan dan perkembangan kita tergantung dari Tuhan, maka hendaknya tidak pernah melupakan sedikit pun peranan Tuhan dalam cara hidup dan cara bertindak kita setiap hari di mana pun dan bila-bila pun.--RNR

Total Comments:0

Name
Email
Comments