Diakon Korea rangkul agama lain dengan ziarah bersama

Lebih dari 100 diakon Katolik di Korea Selatan berziarah ke tempat-tempat ibadah agama-agama lain di Seoul dari 20-22 Jun untuk mempromosi toleransi dan pemahaman agama.

Jul 13, 2018

SEOUL: Lebih dari 100 diakon Katolik di Korea Selatan berziarah ke tempat-tempat ibadah agama-agama lain di Seoul dari 20-22 Jun untuk mempromosi toleransi dan pemahaman agama.

Seramai 108 diakon itu turut serta dalam acara tiga hari yang dijuluki Peziarah Ekumenis dan Antara agama yang diselenggarakan oleh Konferensi para Uskup Korea (CBCK).

Mereka mengunjungi pejabat pusat CBCK, Nadematur Apostolik Vatikan di Korea, Katedral Ortodoks St. Nicholas, Katedral Anglikan Seoul, kuil Hwagyesa Buddha Jogye Order, Kuil Buddha Won di Gangnam, dan Masjid Pusat Seoul.

“CBCK menganjurkan ziarah sehingga para diakon dapat lebih memahami pelbagai agama di Korea,” kata Father Stephano An Pong-hwan, direktor komunikasi CBCK.

“Dengan mengunjungi (tempat-tempat ibadah) dan mengalami budaya agamaagama lain, mereka dapat memperluas pemahaman mereka tentang agamaagama lain dan denominasi Kristian berbeza.”

Semasa kunjungan ke masjid terbesar Korea pada 22 Jun, Song Bo-ra, seorang pegawai Perhimpunan Muslim Korea, mengatakan bahawa Islam sering disalahfahami sebagai agama ganas kerana dihubungkan dengan kumpulan ekstremis ISIS.

“Al Quran mengatakan, ‘Siapa pun yang membunuh seseorang (secara tidak adil) – seolah-olah dia telah membunuh semua manusia’,” katanya.

“Tetapi Islam adalah agama damai bukan ganas. Itu sebabnya kami selalu menyapa orang dengan salam, ‘As-salamu alaykum,’ yang bererti ‘damai bagimu’.” Diakon John Lee Heun-kwan SJ mengatakan kunjungan ke masjid adalah cara yang efektif untuk mencipta pemahaman yang lebih besar.

“Ini adalah kesempatan yang baik untuk mengunjungi dan belajar tentang agama lain dan menghancurkan rintangan serta prasangka,” katanya.

“Terutama ketika berbicara tentang Islam, saya berasa kita boleh hidup berdampingan secara harmonis melalui dialog kerana kita memiliki banyak kesamaan. Saya tidak melihatnya sebagai ancaman.”

Imam Lee Ju-hwa, yang berkhotbah di masjid, memuji para peziarah ini sebagai contoh tindakan yang wajar untuk diteladani oleh penganut-penganut lain. “Kami berasa diberkati kerana para diakon Katolik yang akan ditahbis mengunjungi kami dengan fikiran terbuka seperti itu,” katanya.

“Usaha mereka memahami agamaagama lain sangat bermakna dan merupakan langkah kecil tetapi berkesan dalam menuju perdamaian dunia.” — ucanews.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments