Dibaptis dan Diutus: Katekis fahami fokus sebenar pelayanan mereka

Dibaptis dan Diutus: Katekis fahami fokus sebenar pelayanan mereka

Feb 22, 2019

MELAKA: Kateketikal BMA Vikariat Melaka telah mengadakan Rekoleksi Katekis pada 20 Januari 2019 yang disertai 36 orang Katekis yang dikendalikan oleh Father Moses Rayappan.

Para Katekis ini datang dari Gereja Our Lady of Guadalupe, Krubung dan juga Chapel Corpus Christi KemTerendak. Ia merupakan rekoleksi pertama bagi kalender aktiviti Kateketikal 2019.

Dengan tema, “Diutus dan Dibaptis”, rekoleksi ini dimulakan dengan Misa Kudus di Gereja OLG.

Tiga sesi ditumpukan dalam rekoleksi ini iaitu: Apakah itu Kekudusan? Yesus dan Aku dan Hidup untuk Yesus.

Dalam sesi pertama, Fr Moses membetulkan pemahaman yang salah tentang kekudusan bahawa kasih yang sempurna dan sifat utama Tuhan ialah kudus.

Menggelakkan dosa itu tidak mustahil jika Yesus sentiasa hidup dan hadir dalam hidup kita,” ujar Fr Moses dalam sesi kedua, “Yesus dan Aku.”

Pada sesi terakhir, Fr Moses menekankan kepada para Katekis bahawa kehidupan ini bukanlah mengenai keinginan atau cita-cita manusiawi sahaja sebaliknya menurut kehendak Tuhan.

“Kehidupan kita bukan tentang kita. Ia adalah untuk seseorang yang mengasihi kita lebih daripada yang kita percaya atau jangkakan,” ujar Fr Moses.

Semasa sesi renungan, Fr Moses mencabar para peserta untuk merenung dan menyedari akan tanggungjawap mereka sebagai seorang Katekis. Tim Katekatikal BMA Vikariat Melaka juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sr. Jaslia Ramut atas sumbangannya dalam Pelayanan Kateketikal yang akan berpindah ke Pace Bene Papar. Beliau diganti oleh Sr. Younne Runsab, FSIC.

Pada akhir rekoleksi, diadakan sesi soal jawab, perkongsian, Evaluasi dari sesi bergambar. — TIM BMA VM

Total Comments:0

Name
Email
Comments