Dua mantan pegawai Vatikan dituduh seleweng wang dana

DUA mantan pegawai rumah sakit kanakkanak milik Vatikan dihadapkan di mahkamah Vatikan atas tuduhan mengalihkan dana hampir setengah juta dolar.

Jul 28, 2017

VATIKAN: DUA mantan pegawai rumah sakit kanakkanak milik Vatikan dihadapkan di mahkamah Vatikan atas tuduhan mengalihkan dana hampir setengah juta dolar. Giuseppe Profiti, mantan presiden Hospital Bambino Gesu dari tahun 2008-2015 dan Massimo Spina, bekas bendahari hospital tersebut, didakwa membelanjakan dana sebesar 422,000 Euro pada 2013 dan 2014 untuk memperbaiki apartmen Kardinal Tarcisio Bertone, mantan pegawai tinggi Vatikan.

Pada 18 Julai, dalam sebuah pendengaran preliminari hampir dua jam yang diketuai oleh hakim Vatikan, Paolo Papanti-Pelletier, seorang kerani di mahkamah membacakan tuduhan yang dinyatakan oleh Vatikan pada 13 Julai, bahawa Profiti, 55, dan Spina, 57, dituduh mengalihkan wang secara haram dengan menggunakan dana milik Yayasan Bambino Gesu untuk membayar Gianantonio Bandera, seorang kontraktor Itali, bagi membaik pulih sebuah apartmen milik Negara Vatikan.

Apartmen itu digunakan sebagai kediaman Kardinal Tarcisio Bertone, bekas setiausaha negara Vatikan. Dakwaan itu mengatakan Profiti dan Spina mengeluarkan lebih daripada 420,000 euro dengan bebas dengan menggunakan wang itu bagi membaik pulih harta Vatikan demi “memberi manfaat kepada syarikat Gianantonio Bandera.”

Dikatakan juga bahawa jenayah yang dilakukan di Negara Vatikan, berlaku dalam tempoh masa November 2013 hingga 28 Mei 2014 — di mana, dalam jangka masa tempoh itu, tujuh invois kontraktor mempunyai tarikh dan pembayaran.

Peguam-peguam untuk defendan, Antonello Blasi, peguam kepada Profiti,telah memulakan praperadilan. Beliau meminta wartawan yang diakui oleh Vatikan agar tidak hadir di mahkamah untuk “mengelakkan gangguan” dan mencadangkan kepada mahkamah membuat video secara langsung bagi para wartawan di sebuah bilik lain.

Alfredo Ottaviani, peguam Spina, bersetuju, dan menyatakan bahawa dia dan kliennya merasa “sedikit tertekan” dengan para wartawan yang hadir serta memerhatikan dari belakang.

Pendakwa Vatican, Gian Piero Milano, menolak usul itu, dengan mengatakan pengecualian hanya akan dibuat dalam kes-kes yang melampau mengenai”"akhlak atau ketenteraman awam.” Dalam kes seperti ini, katanya, sekumpulan wartawan yang hadir adalah “perlu” dan demi “kepentingan awam.”

Peguam-peguam pertahanan kemudian mencabar bidang kuasa tribunal Vatikan, mengatakan bahawa walaupun asas hospital mempunyai status extraterritorial sebagai harta Vatikan, alamatnya di Itali, bukan di dalam Negara Vatikan.

Mereka juga berkata jenayah yang didakwa berlaku adalah di United Kingdom di mana pembayaran terakhir diberikan kepada kontraktor terlibat. Ottaviani juga mengatakan bahawa walaupun yayasan itu adalah harta Vatikan, namun yang terdakwa merupakan orang dakwaan jenayah itu subjek atau orang “di luar Vatikan.”

Pendakwa raya Vatikan, Roberto Zannotti menolak hujahhujah tersebut dan mengesahkan bahawa undang-undang Vatikan yang baru diperluaskan pada tahun 2013 sangat jelas menentukan siapa yang dianggap sebagai “pegawai awam” Vatikan dan bahawa “tidak ada keraguan sedikitpun” bahawa jenayah yang dikatakan itu memang benar berlaku ketika Profiti dan Spina bertugas sebagai pegawai awam, jadi undang-undang Vatikan digunakan ke atas kesalahan mereka.

Zannotti menambah bahawa dana itu diambil dari agensi pemerolehan Vatikan iairu Pentadbiran Patrimony of the Holy See; tuduhan penyelewengan adalah berdasarkan di mana dana itu diambil iaitu akaun Vatikan bukan di mana dana itu dibelanjakan pada akhirnya, kata pendakwa Vatikan.

Selepas pendengaran awal, pendakwa membuka laluan untuk hujah lain yang dibentangkan oleh peguam pertahanan. Di antara lain hujah-hujah itu, Blasi meminta mahkamah mendengar saksi pada hari yang sama untuk mengelakkan “pencemaran,” yang merujuk pengetahuan umum yang dapat mempengaruhi testimoni saksi lain di kemudian hari.

Ottaviani berhujah bahawa kliennya, walaupun adalah bendahari yayasan, tidak mempunyai kuasa atau kuasa untuk memindahkan aset, seraya menambah bahawa surat yang ditulis oleh Kardinal Bertone telah diserahkan kepada mahkamah untuk membuktikan kekurangan otoriti Spina. Peguam itu kemudian berkata jika surat tersebut tidak cukup kuat sebagai bukti, dia ingin memanggil kardinal sebagai saksi.

Hakim yang memimpin, Papanti-Pelletier, mengatakan, pengadilan akan membuat keputusannya atas permintaan pada tarikh yang ditentukan dan menetapkan tarikh 7-9 Sept untuk sidang baru.

Sekiranya didapati bersalah, Profiti dan Spina boleh menghadapi hukuman antara tiga dan lima tahun penjara dan denda bermula 5,000 euro.

Menurut surat yang dikeluarkan oleh laporan berita penyiasatan, Profiti menulis Kardinal Bertone pada akhir tahun 2013, didakwa menawarkan untuk membina semula kediamannya dengan menggunakan wang yayasan sebagai ganti bagi menggunakan tingkat atas kediaman untuk perhimpunan yang berkaitan dengan pekerjaan.

Dalam surat balasan keesokan harinya, Kardinal itu didakwa menerima cadangan itu, sambil menambah bahawa dia akan memastikan kos itu akan dijaga oleh “pihak ketiga” supaya yayasan itu tidak perlu membayar. Bagaimanapun, kardinal itu kemudiannya berkata bahawa dia membayar kepada Vatikan, iaitu pemilik apartmen itu, 300,000 euro dengan wangnya sendiri untuk menampung kos baik pulih tersebt dan beliau menyatakan beliau tidak menyedari yayasan telah membayar kontraktor itu.--CNS

Total Comments:0

Name
Email
Comments