Ekaristi kaum muda dorong belia bina jati diri

Dua orang pemuda yang mabuk sambil merokok berada di sebuah keramaian penuh lengkingan muzik diikuti beberapa orang muda lain yang menjadikan tabiat minum dan mabuk-mabukan sebagai kebiasaan seharian.

Sep 04, 2018

JAKARTA: Dua orang pemuda yang mabuk sambil merokok berada di sebuah keramaian penuh lengkingan muzik diikuti beberapa orang muda lain yang menjadikan tabiat minum dan mabuk-mabukan sebagai kebiasaan seharian.

Namun tiba-tiba, seorang di antaranya tersedar bahawa dia sedang berada di jalan gelap, jalan yang tidak diinginkan orang-orang yang percaya kepada Yesus. Dia ternampak Yesus di hadapan mereka maka dia pun berlari mendekati Yesus, yang kemudian memeluknya dengan penuh kasih sebagai tanda menerima penyesalannya dan menerimanya kembali. Pemuda yang suka mabuk itu bertobat.

Kisah pemuda itu merupakan antara adegan dalam Ekaristi Kaum Muda (EKM) yang dipimpin Moderator Orang Muda Katolik (OMK) Paroki Fransiskus Assisi, Tebet, Jakarta Selatan iaitu Father Nobertus Desiderius OFMCap di Gereja Paroki Tebet 26 Ogos lalu yang dihadiri ratusan OMK di paroki tersebut.

Dalam homilinya, Fr Nobertus yang akrab dengan para kaum muda di paroki itu menerangkan adegan pertobatan anak muda yang sebelumnya jauh daripada Tuhan itu sebagai wajah Gereja kaum muda saat ini. Fragmen ini biasa juga dialami OMK saat ini dan ramai mereka masih berada di jalan yang gelap.

Fr Nobertus juga mengatakan bahawa apa yang membimbangkan dalam adegan itu tadi, belia lebih percaya kepada tuhan lain daripada Tuhan Yesus yang sesungguhnya.

Oleh itu, Fr Nobertus mengajak OMK Paroki Santo Fransiskus Assisi Tebet untuk melepaskan kekelaman kehidupan, menerima cahaya Kristus dan beriman teguh kepada Yesus yang telah wafat dan bangkit demi menebus dosadosa manusia, bukan percaya halhal yang lain.

¨Jika kaum muda banyak yang lebih memilih jalan gelap, saya mengajak supaya kita semua, anda dan saya, untuk saling mengingatkan bahawa OMK adalah aset atau kekuatan Gereja zaman ini. Maka OMK diharapkan menjadi seorang yang dapat membela bangsa, negara dan Gereja.

Fr Nobertus juga mengajak kaum muda agar rajin mengikuti pelbagai sesi pembinaan iman dan kepimpinan sebagai sarana pembentukan karakter calon pemimpin bangsa yang baik, adil dan bijaksana.

Selain Ekaristi, seluruh anggota OMK Santo Fransiskus Asisi Tebet mengikuti Talk Show yang dikendalikan oleh Maria Harfanti, mantan Ratu Dunia 2015 (tempat ketiga) dan pemenang Ratu Indonesia 2015. Maria mengajak para peserta untuk membina diri menjadi peribadi yang selalu percaya diri dan percaya kepada Tuhan Yesus.

"Sebagai anggota masyarakat, kita semua hendaknya ikut mewujudkan harapan bersama dalam mencapai cita-cita bangsa, kata Maria seraya berharap OMK paroki itu menjadi OMK yang menjadi teladan dan memberi sumbangan bagi negara. Maria juga berbahagi pengalaman imannya bahawa pencapaiannya hingga menyandang gelaran Ratu Negara dan Dunia adalah kerana penyertaan Tuhan.

"Saya berusaha melakukan yang terbaik walaupun pada ketika itu ramai yang meremehkan penampilan saya,¨ kata Maria sambil mendorong OMK agar tidak melupakan Tuhan yang pasti memberikan perlindungan.

Ketua Paroki Sato Fransiskus Assisi Tebet, Father Damian Doraman OFMCap menilai kegiatan EKM itu sebagai sangat menarik. “Selama ini, paroki ini sering digelar paroki lanjut usia kerana didominasi oleh warga pertengahan usia, tetapi ternyata kini, belia semakin aktif ambil peranan dalam setiap pelayanan Gereja. “ -- pen@katolik

Total Comments:0

Name
Email
Comments