Elak jadi Gereja indah tetapi bisu

Berikutan seruan Sri Paus Fransiskus untuk mempersiapkan Perhimpunan Umum Biasa XVI para Uskup pada bulan Oktober 2023 di peringkat keuskupan, Keuskupan Agung Kuala Lumpur melancarkan pembukaan Proses Sinod tersebut pada 17 Oktober 2021 dengan Misa Kudus di Katedral St John, Kuala Lumpur.

Oct 22, 2021


KUALA LUMPUR: Berikutan seruan Sri Paus Fransiskus untuk mempersiapkan Perhimpunan Umum Biasa XVI para Uskup pada bulan Oktober 2023 di peringkat keuskupan, Keuskupan Agung Kuala Lumpur melancarkan pembukaan Proses Sinod tersebut pada 17 Oktober 2021 dengan Misa Kudus di Katedral St John, Kuala Lumpur.

Selebran utama, Uskup Agung Julian Leow menyalakan Lilin Sinod yang menandakan panggilan Gereja Universal untuk berjalan dalam cahaya Roh Kudus dalam proses menuju Sinod 2023.

Turut serta merayakan pelancaran Sinod bersama Uskup Agung Julian Leow ialah Uskup Agung Wojciech Za?uski, Nuncio Apostolik yang dilantik ke Malaysia, Uskup Agung Murphy Pakiam, serta para paderi keuskupan, religius dan umat awam.

Dalam homilinya, Uskup Agung Julian Leow mengatakan bahawa Sinod mungkin proses yang baharu. Umat Katolik di Malaysia bertuah kerana praktik ini telah bermula sejak bertahun-tahun yang lalu, bermula dengan Aggiornamento pada tahun 1976 dan kemudiannya Semenanjung Malaysia Pastoral Convention (PMPC) yang dijalankan setiap 10 tahun.

Selain itu, terdapat juga Perhimpunan Pastoral Keuskupan Se-Malaysia g di Malaysia sedang menjalani proses ke arah perhimpunan sembilan keuskupan/agung di Malaysia pada tahun 2026.

Uskup Agung mengulangi tiga kata kunci sinodaliti seperti yang ditekankan oleh Sangti Papa iaitu — perjumpaan, mendengar dan memahami.

Bapa Suci Fransiskus juga menekankan bahawa kita harus menjangkau lebih ramai orang khususnya yang terabai di lingkungan paroki dan masyarakat kita. Pelayanan bukan sekadar di kalangan umat gereja sahaja tetapi menjangkau seberapa jauh yang mungkin.

“Sudah waktunya bagi kita untuk mengetahui nadi keuskupan dan paroki agar gereja dapat menjadi relevan pada hari ini, lebih memahami melalui renungan mendalam dan saling percaya.

“Ada tiga risiko yang boleh melemahkan proses sinodaliti iaitu formalisme, intelektualisme dan kesombongan diri,” ujar Uskup Agung.

Secara singkat prelatus itu menerangkan formalisme merujuk kepada situasi di mana para imam atau uskup mungkin menganggap mereka memiliki semua jawaban, mempunyai sikap yang menghalang dialog antara klerus dan orang awam.

Sinod “menawarkan peluang belajar sebagai sebuah kumpulan, dalam meneliti masalah-masalah gereja dan kejahatan di dunia namun sikap ini akan lemah jika kita becakap sahaja tanpa kedalaman rohani.”

Risiko ketiga, “godaan kesombongan” yang memikirkan cara lalu lebih baik atau memikirkan “tidak perlu berubah”.

Tiga sikap ini adalah racun dalam kehidupan gereja. Mereka yang berfikir seperti ini, mungkin tanpa menyedarinya, melakukan kesalahan dengan tidak memandang serius situasi masa kini dalam kehidupan kita. Pada akhirnya, Gereja tidak ada kemajuan dan selamanya masih di takuk lama.

Uskup Agung Julian menambah bahawa tujuan proses sinodal ini bukanlah untuk menghasilkan dokumen sebaliknya untuk menanam impian gereja yang diterangi oleh Roh Kudus.

Beliau berharap proses ini menjadikan harapan kita berkembang, mendorong kepercayaan, membalut luka, membangun hubungan ketika kita belajar antara satu sama lain dan akal budi kita diterangi oleh Roh Kudus sambil mewujudkan akal yang terang yang akan menerangi fikiran kita, menghangatkan hati kita dan memberi kekuatan kepada kita untuk menjadi gereja misionari.

Total Comments:0

Name
Email
Comments