Festival Genfest Manila 220118 Memberi harapan kepada dunia

“Laluan-laluan ke arah persaudaraan” merupakan sebuah projek yang dilancarkan oleh lebih 6,000 belia yang menyertai “Genfest” sebuah festival antarabangsa.

Jul 20, 2018

MANILA: “Laluan-laluan ke arah persaudaraan” merupakan sebuah projek yang dilancarkan oleh lebih 6,000 belia yang menyertai “Genfest” sebuah festival antarabangsa Focolare antarabangsa.

Acara Genfest ke-11, yang diadakan untuk pertama kalinya di luar Eropah, mengusung tema “Beyond All Borders.” Ia bermatlamat membawa individu dan masyarakat bersama agar mereka berpeluang untuk berbincang, membina persahabatan dan persaudaraan untuk bertindak dalam bidang ekonomi, keadilan, politik, alam sekitar dan dialog antara agama.

Dianjurkan buat pertama kali di Asia dan bertuan rumah di Manila pada 6-8 Julai lalu, merupakan edisi ke sebelas Genfest serta disertai kaum muda dari 100 buah negara.

Ia diadakan setiap enam tahun sekali, Genfest dianjurkan oleh “Youth for a United World” (Y4UW) iaitu sebuah cabang dalam Focolare untuk belia. Pertemuan terakhir adalah di Budapest, Hongaria.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1973 di Itali, Genfest telah menjadi acara kaum muda yang memperlihatkan kesatuan di seluruh dunia.

Gio Francisco, salah seorang fasilitator acara, mengatakan sesi, bengkel dan expo yang diadakan sempanjang perayaan Genfest ini bermatlamat mendorong belia untuk melangkaui sempadan, menyayangi orang di negara lain sama seperti mereka menyayangi orang di negara sendiri.

Salah satu kegiatan dalam festival Genfest juga ialah membawa peserta ke daerah pinggiran serta lawatan ke ke Pulau Boracay untuk mengenali suku Ati.

“Di dunia global ini, kita diundang untuk tidak takut pada perbezaan dengan yang lain dan dengan kebudayaan mereka untuk berkontribusi pada dunia yang lebih bersatu dan bersaudara,” kata Father Emmanuel Mijares, ko-ordinator Kumpulan Kesatuan Persatuan Kaum Muda Antarabangsa.

Salah seorang peserta, Joseph Azoury dari Lebanon menyatakan rasa terima kasih atas kesempatan untuk imersi budaya dengan suku Ati di Pulau Boracay, yang telah ditutup untuk wisatawan selama enam bulan hingga Oktober.

Acara tahun ini di Manila termasuk eksplorasi interaktif pada pelbagai topik dan kegiatan yang bertujuan untuk memperkaya pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh dari pelbagai sesi, bengkel dan forum.

Maria Voce, presiden Gerakan Focolare menekankan para belia yang menyertai festival ini, agar apabila kembali ke tempat masing-masing, mulailah untuk menyayangi dan berkongsi. Jadilah lelaki dan wanita yang menyatukan, yang menghargai setiap kebudayaan dan dialog.

Didirikan tahun 1943 di Trent, Itali, oleh Chiara Lubich, Gerakan Focolare, yang telah tersebar di 194 negara, adalah gerakan gerejawi untuk pembaharuan sosial dan spiritual.

Chiara adalah seorang aktivis Katolik Itali yang dianggap sebagai salah seorang spiritualis paling penting pada abad ke-20. — Fides/Ucan

Total Comments:0

Name
Email
Comments